Asus Malaysia sebentar tadi melancarkan telefon pintar dengan tawaran bateri yang tinggi iaitu Asus Zenfone Max Pro M1.

Menarik tentang telefon pintar ini adalah keupayaannya untuk bermain permainan video menerusi telefon pintar tanpa perlu risaukan ‘lag’ pada harga sangat mampu milik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Zenfone Max Pro M1 akan hadir dengan skrin 6 inch full HD+, bateri kapasiti 5,00mAh, dual camera 16MP + bokeh, serta sistem stok Android terbaru. Dengan kapasiti bateri yang besar ini, anda boleh bermain permainan video kegemaran anda selama 11 jam tanpa henti dengan hanya sekali cas penuh.

zenfone 2

zenfone 4

zenfone 3

Zenfone Max Pro M1 akan dijual dengan 3 pilihan variant; memori 3GB, 4GB dan 6GB. Model 3GB RAM dengan 32GB storan akan dijual pada harga RM699, model 4GB/64GB (RM849) dan model 6GB/64GB (RM999).

Jika anda membuat pra-tempahan melalui Lazada, anda akan menerima diskaun lebih untuk model 3GB/32GB iaitu pada harga serendah RM599 melalui jualan terhad yang diadakan pada 1, 5, 12, 19 dan 26 Jun.

Jika anda mahukan telefon pintar baharu dengan jangka hayat bateri yang hebat, Zenfone Max Pro M1 ini untuk anda.

Zenfone q

Zenfone 5