Sejak bermulanya pandemik, dapat dilihat orang ramai sudah mulai bekerjadari rumah. Semuanya dilakukan dalam usaha untuk memutuskan penularan wabak COVID-19.

Hal ini secara tidak langsung memerlukan pengguna untuk mendapatkan komputer riba yang sesuai untuk digunakan sepanjang bekerja dalam memastikan produktiviti tidak terganggu serta segala kerja dapat dijalankan dengan lancar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seiring dengan keperluan semasa, ASUS baru-baru ini telah melancarkan barisan terbaru siri ASUS ExpertBook yang mengandungi model daripada ASUS ExpertBook B1,B5 dan B9. Berikut merupakan perbezaan yang ditawarkan pada setiap model ini.

ASUS ExpertBook B1

ExpertBook_B1400_Product photo_1A_Star Black_15_Numberpad

Model ExpertBook B1 ini merupakan model kelas awal diikuti dengan model B5 dan B9. Model B1 (B1400C) hadir dengan saiz skrin 14-inci FHD manakala model B1 (B1500C) dilengkapi dengan saiz skrin 15.6-inci FHD.

Pengguna berpeluang memilih model B1 mengikut spesifikasi yang dimahukan menerusi penawaran processor Intel Core i5 dan i7 beserta ruang storan 256/512GB HDD.

Rekaannnya yang kompak dan mempunyai berat serendah 1.45kg pastinya memudahkan pengguna untuk membawa komputer riba ini ke rata-rata tempat dengan mudah. Sesuai dengan spesifikasi yang ditawarkan, model ini muncul dengan harga terendah dalam siri ini iaitu bermula daripada RM3,599 sahaja.

ASUS ExpertBook B5

ExpertBook_B5302F_Product photo_1A_Star Black_20

ExpertBook B5 muncul sebagai model pertengahan daripada ketiga-tiga model yang dilancarkan ASUS pada siri ExpertBook. Menariknya pada model ini adalah penawaran model B5 Flip khusus buat pengguna yang mahukan skrin sesentuh dalam memudahkan tugasan harian.

Model ExpertBook B5 ini juga turut menjadi pilihan pengguna yang mahukan saiz skrin yang kecil iaitu 13.3-inci sahaja buat model skrin biasa dan skrin sesentuh. Seperti juga model daripada ExpertBook B1, pengguna berpeluang memilih spesifikasi yang diperlukan menerusi perbezaan processor dan ruang storan.

ExpertBook_B5302C_Product photo_1A_Star Black_180 degree hinge

Hadir dengan berat serendah 1kg sahaja, pengguna pastinya teruja kemampuan yang ditawarkan pada model ini apabila mampu menawarkan penggunaan sehingga 14 jam buat para pengguna.

ASUS ExpertBook B5 sedia ditawarkan pada harga RM4,299 bagi model skrin biasa dan RM4,999 bagi model dengan skrin sesentuh. Sebuah harga yang menarik berdasarkan spesifikasi menarik yang ditawarkan.

ASUS ExpertBook B9

ExpertBook_B9400_Scenario_07

Model ini muncul sebagai model terbaik pada siri kali ini serta dikhususkan buat mereka yang mahukan spesifikasi terbaik dalam meningkatkan produktiviti harian.

Dari segi spesifikasi, model ini dilengkapkan dengan processor Intel Core-i7, RAM 16GB, 1TB SSD beserta saiz skrin 14-inci FHD. Mempunyai berat serendah 880gram sahaja berjaya meletakkan model ini sebagai model komputer riba bisnes kategori saiz skrin 14-inci dengan berat paling ringan dunia.

Bukan sahaja ringan dan nipis, model ini turut dilengkapkan dengan teknologi AI noise cancellation dalam memudahkn pengguna menjawab panggilan video tanpa sebarang gangguan.

ExpertBook_B9_Thin & light

Sokongan pengecasan pantas 66W pada ASUS ExperBook B9 membolehkan pengguna mendapatkan bateri daripada 0% ke 60% dalam tempoh 39 minit sahaja. Menarik bukan?

Model ASUS ExpertBook B9 nyata solusi buat ahli korporat atau peniaga di luar sana yang mahukan komputer riba terbaik untuk penggunaan harian. Model ini sedia didapatkan pada harga RM7,989. Sebuah harga yang premium bersesuaian dengan spesifikasi yang ditawarkan.

Ketahui lebih lanjut mengenai siri ASUS TUF 2021 yang menjadi pilihan pelajar dan para gamer dengan klik pautan di bawah.

Nipis Dan Berkuasa Tinggi, Siri ASUS TUF 2021 Pilihan Berbaloi Buat Para Pelajar Dan ‘Gamer’

ASUS Lanjutkan Promosi ExpertBook B9 Dengan Tawaran ZenScreen Percuma Bernilai RM1,169