Buat sesetengah individu yang kerap on the go serta kerap membuat kerja tidak mengira tempat, pastinya komputer riba yang nipis dan ringan antara yang menjadi dambaan. Dilengkapi spesifikasi yang hebat membuatkan model tersebut menjadi pilihan.

Sekiranya anda merupakan individu yang berada dalam kategori berkenaan, ASUS nampaknya sedia menawarkan model khusus buat anda. Dihasilkan untuk produktiviti dan golongan bisnes, ASUS telah menawarkan model ExpertBook B9.

bK3G2fsbRAsy6LhdRwyPCK
Sumber: Laptopmag

Apa yang menarik mengenai ExpertBook B9 adalah model ini merupakan komputer riba bisnes ternipis bagi kategori 14-inci dengan berat serendah 870gram sahaja. Pasti para pengguna tidak lagi berasa lenguh saat membawa model ini ke merata tempat.

Model ini hadir dengan beberapa spesifikasi. Buat model dengan spesifikasi varian terendah, model ini dilengkapi dengan processor Intel Core-i5-10210U, RAM 8GB dengan ruang storan 512GB SSD.

ezgif-3-c16eee8791e1
Sumber: CNET

1600679074_asus-expertbook-b9-5

Hadir dengan saiz yang kompak, berat serendah 870gram serta spesifikasi serba lengkap, model ini nampaknya hadir dengan harga berbaloi. ASUS ExpertBook B9 hadir dengan harga bermula daripad RM5,599.

Nak tahu apa yang lebih menarik, ASUS kini telah melanjutkan promosi mereka di mana setiap pembeli berpeluang menerima ASUS ZenScreen MB16ACE bernilai RM1,169.

image002 (1)

Dilengkapi saiz skrin 15.6-inci, ASUS ZenScreen MB16ACE sedia memudahkan pengguna dengan menawarkan skrin kedua hanya semudah sambungan melalui USB Type-C sahaja. Para pengguna juga berpeluang mengubah tetapan buat ASUS ZenScreen MB16ACE kepada mod potret mahupun landskap.

Apa tunggu lagi, inilah masanya untuk anda dapatkan pakej kombo menarik ini melalui pembelian ASUS ExpertBook B9. Promosi terhad ini bermula pada 1 Januari sehingga 31 Mac 2021 ini sahaja.

Ketahui juga model ASUS VivoBook 15 K513 yang serba lengkap dan terbaik buat para pelajar ini dengan klik pautan di bawah.

ASUS VivoBook 15 K513, Komputer Riba Serba Lengkap Buat Para Pelajar Dengan Harga RM3,299

Vocket Review: ASUS ProArt StudioBook Pro 17, Komputer Riba Khas Buat Pemain Industri Kreatif