Sudah menjadi kriteria utama orang ramai memilih komputer riba yang nipis dan kompak setiap kali mahu mendapatkannya bagi tujuan pekerjaan mahupun produktiviti. Dalam pada itu, para pengguna seolah terpaksa akur dengan saiz besar sesetengah komputer riba apatah lagi melibatkan saiz skrin yang lebar.

Melihat kepada isu yang berlaku, ASUS tampil dengan sebuah lagi produk yang pada kami sangat kreatif dengan menawarkan komputer riba dengan saiz 14-inci namun dengan rekaan kompak. Malah, model ASUS VivoBook 14 A413 ini berjaya dinobatkan antara komputer riba terkecil dunia bagi saiz skrin 14-inci.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

VivoBook 14_X413_Product Photo_1B_ Cobalt Blue_13_Non-Fingerprint

Disasarkan buat golongan pelajar serta anak muda yang kerap membawa komputer riba ke merata-rata tempat, ASUS Vivobook 14 A413 ini semestinya pilihan yang baik. Tidak hanya memfokuskan kepada rekaan semata-mata, model ini turut tampil dengan spesifikasi yang menarik.

ASUS Vivobook 14 A413 ini tampil dengan processor Intel Core i5 generasi ke-10 serta dikuasakan oleh kad grafik NVIDIA GeForce MX330. Mengulas dari berat, model ini cuma tampil berat serendah 1.4kg sahaja. Sangat nipis dan minimal.

Penawaran saiz skrin meliputi 84% bahagian muka komputer riba antara yang membuatkan modle ini tampil unik. Bukan itu sahaja, ASUS Vivobook 14 turut tampil dengan beberapa warna menarik sekaligus membuatkan model ini kelihatan lebih ceria.

unnamed (6)

Bersempena dengan pelancaran ASUS Vivobook 14 A413, ASUS sedia menawarkan promosi hebat buat anda yang berminat dimana anda boleh dapatkannya dengan harga serendah RM2,899 sahaja. Selain itu, para pembeli berpeluang menerima baucer Grab Food bernilai RM100 secara percuma bermula 21 sehingga 27 September 2020 ini.

Menarik bukan? Sekiranya anda mahukan komputer riba yang nipis, kompak serta menawarkan spesifikasi yang menarik, ASUS Vivobook 14 A413 adalah jawapannya. Anda boleh dapatkanya melalui Lazada dan juga Shopee.

ASUS pada minggu lalu telah melancarkan telefon pintar gaming terbaru mereka iaitu ROG Phone 3. Klik pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

ASUS ROG Phone 3, Telefon Pintar Serba Lengkap Buat Para ‘Gamer’

ASUS ZenBook 13 & 14, Ultrabook Serba Lengkap Buat Anda Yang Kerap ‘On The Go’