Asus Malaysia nampaknya baru sahaja melebarkan jaringan penawaran produk dengan memperkenalkan Asus VivoBook S15.

Dari segi spesifikasi laptop ini hadir dengan saiz skrin 15.6-inci. Penawaran bezel yang nipis bakal membuatkan pengalaman penggunaan laptop ini lebih menarik. Selain itu, Asus VivoBook turut hadir dengan beberapa pilihan model dengan penggunaan processor Inter Core i5 atau i7 yang digandingkan bersama NVIDIA GeForce MX150.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

VivoBook S15_S530_Firmament Green_02

VivoBook S15_S530_Five color options_close

Menariknya, untuk tampil berbeza dan unik Asus turut menawarkan laptop ini dengan lima pilihan yang agak terang dan ceria.

Asus VivoBook S15 mula ditawarkan di Malaysia dengan harga permulaan RM2,999 sehingga RM3,899 bagi model dengan spesifikasi tertinggi.