Asus Malaysia pada minggu ini telah melancarkan komputer riba terbaru mereka yang hadir dengan spesikasi tertinggi iaitu Asus ProArt StudioBook One.

Hadir dengan harga yang premium, model terbaru Asus ini disasarkan buat golongan yang memfokuskan kepada kerja-kerja berat melibatkan data sains serta penghasilan animasi 3D.

1080x1080_digital-article
HYPE
Ini Cara Mudah Tebus Aiskrim Dan Air Kotak Percuma Khas Untuk Pelanggan Shell & BonusLink
Baca lagi →

Dari segi spesifikasi, Asus ProArt StudioBook One dilengkapi dengan skrin 15.6-inci UHD, processor Intel Core i9-9980HK, 64GB RAM serta ruang storan 1TB SSD. Menariknya, model ini menggunakan kad NVIDIA Quadro RTX6000 sekaligus menjadi model komputer riba terawal menggunakannya.

image004

image005

Dari segi harga Asus ProArt StudioBook One sedia untuk dimiliki dengan harga RM49,999. Buat anda yang mahukan komputer riba berspesifikasi tinggi namun dengan harga yang lebih rendah, Asus turut menawarkan Asus ProArt StudioBook Pro X dengan harga RM25,999.

Tonton juga review kami mengenai Asus VivoBook S15 yang difokuskan buat generasi Z.

Vocket Review: Asus VivoBook S15, Komputer Riba Terbaik Buat Generasi Z Miliki

ASUS ROG Malaysia Berkolaborasi Bersama Stoned & Co. Hasilkan Koleksi ‘Streetwear’

Anda Mungkin Suka