Jika sebelum ini Nubia, Razer dan Xiaomi telah mengumumkan smartphone gaming mereka, nampaknya Asus dibawah jenama Republic Of Games (ROG) juga tidak terlepas untuk mengumumkan smartphone terbaru mereka.

Menerusi smartphone terbaru Asus ROG, ura-ura mengatakan Asus bakal menyertakan processor Snapdragon 845 dan RAM 8 GB. Teknologi internal cooling bagi membolehkan pengguna bermain game tanpa risau mengenai smartphone menjadi panas antara yang bakal disertakan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Republic-Of-Gamers-Wallpapers-Taringa

Seperti juga Razer phone, smartphone terbaru Asus ROG bakal turut disertakan dengan kadar refresh rate yang tinggi sekaligus membenarkan pengguna mendapatkan kepuasan bermain game yang lebih berganda.

Setakat ini masih belum diumumkan secara rasmi tanda harga rasmi bagi smartphone ASUS ROG namun difahamkan Asus mensasarkan harga penjualan yang tidak jauh bezanya berbanding Xiaomi Blackshark. Dalam erti kata lain harga dibawah paras RM3,000 kebawah antara yang dijangkakan.

asus-zenfone-5-rear-camera-header

Untuk pengetahuan anda, ini bukanlah pertama kali Asus mengeluarkan smartphone khas buat para gamers. Sebelum ini syarikat ini pernah mengeluarkan dua model smartphone gaming iaitu Asus Z1 Titan dan Z2 Poseidon.

Dengan pengumuman smartphone Asus ROG tidak lama lagi adakah ini bermakna kebangkitan game smartphone seiring dengan peningkatan populariti e-sukan?