Sebut mengenai ASUS ROG pasti ramai gamer diluar sana cukup tahu mengenai keupayaan jenama ini dalam menawarkan desktop, komputer riba serta telefon pintar berkualiti dan berspesifikasi tinggi. Rekaannya yang memukau antara yang membuatkan model keluaran mereka sentiasa menjadi dambaan para gamers.

Terbaru, ASUS Republic of Gamers (ROG) telah bekerjasama bersama syarikat kumpulan BMW, Designworks dalam menghasilkan komputer riba gaming yang lebih canggih dan futuristik. Memandangkan BMW terkenal sebagai jenama mewah, gabungan dua syarikat ini bakal turut menyaksikan sebuah komputer riba gaming yang premium.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1 (1)

2

Dari segi ruang pengudaraan komputer riba ROG, difahamkan ruang pengudaraan komputer riba terbaru ini diinspirasikan oleh BMW Motorrad Vision NEXT 100 dalam menawarkan pengudaraan yang lebih baik khusus buat para gamer. Penawaran lampu LED yang bakal menaikkan mood pengguna antara yang diusahakan.

Buar para gamer, pastinya huruf W,A,S dan D antara yang kerap digunakan. Melalui model terbaru ini, empat huruf ini turut diberi kemasan terbaru dalama menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih selesa dan tahan lasak.

ROG

Sama-sama kita nantikan model gabungan dua jenama hebat ini dalam menghasilkan komputer riba gaming terbaik. Model ini disasarkan khusus buat para gamer yang mahukan komputer riba yang tahan lasak, tampil futuristik serta tampak premium.