Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Bermula dengan menawarkan koleksi pakaian streetwear, siapa sangka jenama tempatan iaitu Stoned & Co. berjaya berkolaborasi bersama ASUS ROG Malaysia dalam menghasilkan pakaian yang disasarkan buat golongan gamer.

Menerusi koleksi yang dipamerkan, gabungan dua jenama ini telah menggunakan elemen AniMe Matrix™ dot Matrix specially yang dihasilkan khas oleh Stoned & Co. Berikut merupakan antara koleksi yang ditawarkan hasil gabungan dua jenama yang digemari peminat streetwear dan gamer ini.

04

03

02

01

Difahamkan koleksi streetwear ini cuma akan ditawarkan buat pembeli produk ASUS ROG terpilih bermula 29 Jun sehingga 15 Ogos 2020. Stoned X ROG Zephyrus Bomber Jacket bakal diterima menerusi pembelian ROG Zephyrus G14 dengan penggunaan processor AMD Ryzen 9.

Pembeli Asus ROG Zephyrus G14 dengan penggunaa processor AMD Ryzen 7 atau Ryzen 5 pula berpeluang memenangi Stoned X ROG Zephyrus Bomber Jacket secara terpilih. Pihak Stoned & Co sedia menawarkan koleksi ini menerusi butik serta laman web mereka menjelang Ogos 2020 ini. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai koleksi jenama pilihan ramai ini.

Sebelum ini Stoned & Co pernah mencipta fenomena apabila berkolaborasi bersama jenama Honor. Klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Stoned & Co x Honor 9X Edisi Terhad Bakal Dijual Esok Pada Harga RM999

G-Shock Dan Dragon Ball Z Hasilkan Jam Tangan Edisi Khas, Mula Dijual Pada Harga RM1,000

 

Anda Mungkin Suka