Bermula dengan sekadar percubaan, telefon pintar gaming nampaknya semakin mendapat tempat dikalangan pengguna. Ditambah pula dengan industri e-sukan yang semakin berkembang, penggunaan telefon pintar gaming sedikit sebanyak bakal membantu pengguna mendapatkan yang terbaik pada telefon pintar yang diguna.

Melihat kepada peningkatan permintaan telefon pintar gaming, Asus pada tahun ini telah memperkenalkan model gaming kedua mereka iaitu ROG Phone 2. Seperti yang dijanjikan, model ini menawarkan spesifikasi yang memukau khusus buat para gamer. Selain itu, model ini turut hadir dengan rekaan yang memperlihatkan sisi gaming berdasarkan rekannya serta skrin takuk.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Asus-ROG-Phone-2-phone-launched-with-Snapdragon-855
Sumber: Morning Tick
ASUS-ROG-Phone-II-Gaming
Sumber: xda-developers

Berbincang mengenai telefon pintar gaming pastinya spesifikasi yang menjadi ukuran. Dari segi processor, model ini disertakan dengan cip terbaru daripada Snapdragon iaitu Snapdragon 855+. RAM pada model ini pula ada sebesar 12GB manakal saiz storannya pula mampu memuatkan sehingga 512GB.

Antara yang menjadi kejutan pada model ROG keluaran tahun ini sudah pastinya penyertaan bateri dengan kapasiti 6000 mAh yang pastinya membolehkan pengguna menikmati game tanpa perlu mengecas semula dalam masa yang singkat.

dscf7081_rogphone-100789274-large
Sumber: PCWorld

Menurut Asus, penggunaan bateri bersaiz besar ini membolehkan game PUBG dimain secara berterusan selama tujuh jam. Pengecas yang disediakan pula adalah ROG HyperCharge 30W.

Tidak hanya memfokuskan kepada spesifikasi dalaman semata-mata, model ini turut boleh digunakan buat para gamer mengambil gambar dengan kualiti yang baik dengan penyertaan sensor 48 dan 13-megapixel pada bahagian belakang serta kamera 24-megapixel pada bahagian hadapan. Lensa ultra-wide antara yang disertakan pada model tahun ini.

dims (1)
Sumber: Engadget

Lebih menarik, seperti model sebelumnya juga, Asus ROG Phone 2 turut hadir dengan beberapa aksesori terbaru. Antara aksesori yang dilancarkan adalah AeroActive Cooler 2 iaitu sistem penyejuk yang berkemampuan menyejukkan Asus ROG Phone 2.

Asus turut memperkenalkan ROG Kunai dimana pengguna berpeluang memainkan ROG Phone 2 seakan Nintendo Switch. Antara aksesori yang paling epik pada kami sudah pastinya Twinview Dock II iaitu sebuah aksesori dengan skrin 120Hz beserta bateri tambahan 5000mAh membolehkan anda menikmati game yang dimainkan.

Asus-ROG-Phone-2

Setakat ini, pihak Asus masih belum mengumumkan lagi harga bagi Asus ROG Phone 2. Melihat kepada spesifikasi yang ditawarkan, model ini dilihat berbaloi untuk didapatkan berdasarkan spesifikasi serta aksesori yang ditawarkan.