Sejak beberapa tahun terakhir ini, dapat dilihat industri mobile gaming semakin mendapat di kalangan pengguna. Malah, pelbagai pertandingan telah dianjurkan dalam usaha mencari bakat e-sukan yang terbaik.

Memasuki tahun ketiga ASUS pada tahun ini, jenama ini menerusi siri ROG telah memperkenalkan model terbaru mereka iaitu ROG Phone 3. Mengekalkan DNA yang sama seperti model-model sebelum ini, ROG Phone 3 menawarkan spesifikasi yang serba lengkap beserta sokongan tambahan yang bakal memudahkan para gamer.

Rekaan

rog_phone_release_date_news_4_thumb800

Dari segi rekaan, ASUS ROG Phone 3 mengekalkan rekaan yang sleek dan simple pada bahagian hadapan sesuai untuk kegunaan pada gamer. Penawaran bezel yang nipis pastinya memudahkan para gamer sewaktu bermain game.

Selain itu, ASUS ROG Phone turut dilengkapi dengan AeroActive Cooler 3 yang membantu menyejukkan model ini sewaktu bermain game di samping penawaran port 3.5mm headphone jack dan Type-C.

rog_phone_release_date_news_2

Spesifikasi

ROG Phone III_1000x1200_comparison-01

Sebut mengenai ASUS ROG pastinya spesifikasi yang tinggi antara yang diharapkan dan ASUS berjaya menawarkannya sekali lagi pada kali ini. ASUS ROG Phone 3 hadir dengan skrin 6.59-inci dengan refresh rate 144Hz/1ms.

Processor yang digunakan adalah Snapdragon 865+, RAM 12/16GB beserta ruang storan 512GB. Apa yang lebih menarik, kesemua model daripada ASUS ROG turut menyokong rangkaian 5G.

Seperkara lagi yang sangat menarik perhatian ramai mengenai model ASUS ROG Phone 3 adalah penyertaan bateri berkapasiti sehingga 6,000 mAh. Dalam erti kata lain, hayat bateri telefon pintar anda akan lebih panjang sekaligus tidak menjejaskan pengalaman penggunaan anda sewaktu bermain game.

e2cb28d4f3c235544b21179cb20405454fd452d1

Dari segi kamera, ASUS ROG Phone 3 menawarkan kamera belakang gabungan 64-megapixel, lensa 13-megapixel ultra lebar dan 5-megapixel makro. Selain itu, hadapan hadir dengan sensor 24-megapixel.

Harga

ASUS ROG Phone II Rear Glass Design
Sumber: Mysmartprice

Mengulas dari segi harga, ASUS ROG Phone 3 STRIX Edition sedia ditawarkan dengan harga RM2,999. ASUS ROG Phone 3 dengan RAM 12GB pula hadir dengan harga RM3,799 manakala ROG Phone beserta RAM 16GB ditawarkan pada harga RM4,499.

Sebuah harga yang sangat berbaloi melihatkan ASUS ROG berjaya menawarkan spesifikasi yang tinggi serta serba lengkap untuk dimiliki oleh mereka yang kerap menggunakan telefon pintar bagi tujuan bermain game.

Sekiranya anda sedang mencari sebuah Ultrabook, ASUS ZenBook antara yang kami cadangkan. Ketahui lebih lanjut mengenai model ini menjadi pilihan dengan klik pautan di bawah.

ASUS ZenBook 13 & 14, Ultrabook Serba Lengkap Buat Anda Yang Kerap ‘On The Go’

Asus ProArt StudioBook One Sedia Ditawarkan Dengan Harga RM49,999