Setelah lama menanti, nampaknya penantian gamer di Malaysia akhirnya berakhir setelah Asus memperkenalkan model gaming mereka iaitu ROG Phone pada hari ini untuk pasaran Malaysia.

Dari segi spesifikasi, ASUS ROG Phone berjaya menawarkan spesifikasi yang terbaik bagi sebuah telefon pintar Android yang turut disertakan dengan ciri gaming.

photo6228593381643233294 (1)

photo6228593381643233296

Penggunaan processor Snapdragon 845, RAM 8 GB bakal membolehkan pengguna bermain game dengan lancar tanpa sebarang masalah. Dari segi kapasiti bateri, model ini turut disertakan dengan bateri bersaiz 4000 mAh.

Berdasarkan harga yang ditawarkan, Asus Malaysia yang terkenal dengan harga penawaran harga berpatutan bagi telefon pintar keluaran mereka sebelum-sebelum ini sekali lagi mengumumkan tanda harga yang lebih rendah berbanding negara lain iaitu RM3,499 sahaja.

photo6226330908835817529

Selain itu, para pengguna turut menerima cooler dan casing khas daripada ROG bernilai RM450. Berbaloi bukan? Mungkin sudah tiba masanya para gamer untuk mula menabung bagi mendapatkan telefon pintar berkuasa tinggi ini.