Setelah lama menanti, nampaknya penantian gamer di Malaysia bakal tamat apabila Asus bakal memperkenalkan model gaming mereka iaitu ROG Phone pada akhir bulan ini. Mengikut ura-ura, dijangka Asus Malaysia bakal memilih tarikh 22 Oktober untuk melancarkan model ini bagi pasaran Malaysia.

Dari segi spesifikasi, ASUS ROG Phone berjaya menawarkan spesifikasi yang terbaik bagi sebuah telefon pintar Android yang turut disertakan dengan ciri gaming. Penggunaan processor Snapdragon 845, RAM 8 GB bakal membolehkan pengguna bermain game dengan lancar tanpa sebarang masalah. Dari segi kapasiti bateri, model ini turut disertakan dengan bateri bersaiz 4000 mAh.

maxresdefault (2)

Berdasarkan harga yang ditawarkan, Asus Malaysia yang terkenal dengan harga penawaran harga berpatutan bagi telefon pintar keluaran mereka sebelum-sebelum ini dijangka akan menawarkan ASUS ROG Phone pada tanda harga dibawah RM4,000. Harga ini tertakluk kepada model telefon sahaja tanpa aksesori tambahan.

Mungkin sudah tiba masanya para gamer untuk mula menabung bagi mendapatkan telefon pintar berkuasa tinggi ini.

Sumber