Mula diperkenal pada tahun 2006, jenama Asus dibawah ROG yang memfokuskan kepada gaming berjaya menjadi pilihan ramai berikutan penawaran spesifikasi serta rekabentuk yang memukau.

Pada tahun ini, Asus telah memperkenalkan siri terbaru ROG Strix G melalui penawaran komputer riba dengan spesifikasi yang lebih fresh dan menarik. Kami juga tidak melepaskan peluang dalam mencuba model high-end daripada siri ROG Strix G ini iaitu model G531GU. Berikut merupakan ulasan penuh kami mengenai model ini.

Rekabentuk

photo6091166909346195782

Sekiranya anda merupakan seorang gamer, pastinya anda cukup tahu dengan rekaan dan rekabentuk Asus ROG yang cukup kukuh serta tampak garang. Dari segi luaran, kemasan metal antara yang disertakan bersama logo Asus ROG.

Asus ROG Strix G hadir dengan tiga port USB Type-A bersama port USB-C, HDMI dan Thunderbolt. Efek lampu ROG pada model ini ternyata turut tersedia pada bahagian tepi model ini sekaligus memudahkan pengguna khususnya pada waktu malam.

photo6091166909346195781

Mengulas dari segi keyboard, Asus telah menyertakan RGB backlit dimana para pengguna berpeluang mengubah warna padanan komputer riba bersama mouse mengikut warna yang diidamkan secara terus melalui software khusus Asus.

Spesifikasi

photo6093418709159881027

Dari segi spesifikasi Asus ROG Strix G dilengkapi dengan Intel Core-i7 generasi kesembilan Coffee Lake. Penyertaan RAM 8GB, 512GB SSD bersama kad grafik GTX 1660Ti 6GB berjaya menawarkan prestasi yang mengkagumkan buat para gamer mengakses game-game baru.

Lebih memuaskan, model ini hadir dengan skrin IPS FHD 15.6-inci 120Hz. Dalam erti kata lain, para pengguna bakal melihat sebuah paparan dengan skrin yang menakjubkan melalui komputer riba gaming ini.

Prestasi

photo6091166909346195780

Mengulas dari segi prestasi, jelas Asus ROG Strix berjaya menawarkan sesuatu yang diidamkan para gamer diluar sana. Bermula daripada processor, penggunaan processor Intel Core-i7 Coffee Lake dengan teknologi hyper threading membolehkan model ini beraksi dalam keadaan multi tasking tanpa sebarang masalah.

Tidak hanya menawarkan processor yang cekap semata-mata, penggunaan SSD Hyper Drive Extreme turut menawarkan kepantasan bagi model ini berbanding model SSD biasa.

Apabila berbincang soal komputer riba gaming, pastinya pretasi model ini dalam bermain game antara yang menjadi ukuran dan berdasarkan percubaan jelas model G531GU dari Asus tidak mengecewakan.

Meletakkan setting grafik pada mode ultra pada game seperti Battlefield V, Witcher dan World War 3 jelas tiada masalah untuk model G531GU. Ditambah pula dengan paparan 144Hz, pengalaman bermain game pastinya lebih berbeza pada kali ini.

Adakah berbaloi?

photo6091390432329181524

Menyoal mengenai adakah model ini berbaloi untuk dimiliki mahupun tidak, pastinya harga yang menjadi ukuran. Melihat spesifikasi yang ditawarkan serta rekabentuknya, jelas Asus ROG melalui siri Strix G berjaya menawarkan seleksi model yang terbaik dan berbaloi buat para pengguna yang gemar bermain game.

Bermula dengan harga RM3,499 sehingga RM5,499 bagi model dengan spesifikasi tertinggi, model ini dilihat sangat berbaloi berdasarkan harga yang ditawarkan. Anda bukan sahaja menerima model dengan spesifikasi yang memukau, malah rekabentuk, ketahanan dan teknologi antara yang membuatkan model keluaran Asus ini tampil unik dan menjadi pilihan para gamer.

Buat para pengguna yang sudahpun menyasarkan game yang ingin dimainkan, memilih mendapatkan model bersesuaian antara pilihan yang baik walaubagaimanapun sekiranya anda mempunyai budget yang lebih dan mahukan prestasi yang memuaskan, mendapatkan model G531GU pastinya tidak akan membuatkan anda menyesal.