Sebut mengenai ASUS ROG pasti orang ramai sudah cukup mengenalinya khususnya para gamer. Berjaya menawarkan seleksi produk gaming secara konsisten antara yang membuatkan jenama ini menjadi pilihan ramai.

Terbaharu, dalam usaha menawarkan produk yang lebih berprestasi tinggi buat para pengguna, ASUS ROG pada kali ini tampil memperkenalkan siri Zephyrus yang menampilkan beberapa model komputer riba gaming terbaru.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menariknya, menerusi model yang dilancarkan pada kali ini, ASUS bukan sahaja memberi penekanan dari segi prestasi, namun turut menawarkan paparan yang serba baharu.

Menerusi empat model ASUS ROG Zephyrus yang dilancarkan pada kali ini, masing-masing model dilengkapkan dengan cip Intel dan AMD yang baharu. Model ASUS Zephyrus M16 2023 dilengkapkan dengan processor Intel Core™ i9-13900H beserta sokongan kad grafik NVIDIA® GeForce RTX™ 4090.

Model ASUS Zephyrus G16 2023 pula turut hadir dengan processor Intel Core i9-13900H beserta kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4070. Model ultra-kompak Zephyrus G14 turut diberi kemas kini dengan penawaran processor Ryzen™ 9 Zen 4 beserta kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4090. Terakhir, ASUS Zephyrus Duo 16 kekal dengan menawarkan dwi skrin beserta paparan 4K touchscreen.

Difahamkan ASUS Zephyrus yang dilancarkan pada kali ini turut mementingkan soal ketahanan dengan penggunaan material yang lebih tahan lasak. Sistem penyejukan komputer riba gaming ini juga turut dipertingkatkan dalam memastikan model-model ini tidak mudah panas sewaktu bermain game atau menjalankan perisian-perisian yang berat.

Ketahui lebih lanjut mengenai ASUS ROG Zephyrus 2023 dengan klik di sini. Sekiranya anda merupakan seorang gamer tegar, kami yakin mendapatkan ASUS ROG Zephyrus merupakan pilihan yang tepat.