Sejak akhir-akhir ini dapat dilihat industri gaming semakin berkembang dan mendapat perhatian perhatian. Bukan itu sahaja, lambakan model dan jenama komputer riba yang telah dikeluarkan semata-mata untuk memenuhi kehendak pengguna sekaligus membuatkan anda atau para gamer semakin sukar membuat pilihan mendapatkan model yang terbaik.

Terbaharu, Kami dapati jenama ASUS muncul sebagai antara jenama yang aktif dalam mengeluarkan komputer riba gaming yang bukan sahaja dapat berbaloi menjadi pilihan para gamer malah juga para pelajar.

Dua model yang kami maksudkan adalah ASUS TUF Dash F15 dan ASUS TUF Gaming F15/17 keluaran 2021 yang baru sahaja dilancarkan. ASUS TUF Gaming disasarkan buat mereka yang mahukan lebih kuasa untuk bermain game manakala ASUS TUF Dash F15 dilengkapi dengan spesifikasi yang cukup lengkap untuk kegunaan masa panjang. Berikut merupakan antara ciri yang tersedia pada dua model daripada ASUS TUF 2021 ini.

Dilengkapi dengan paparan adaptive-sync sehingga 240Hz

2021 ASUS TUF Dash F15_FX516_Scenario Photo_03

Kedua-dua model daripada ASUS pada kali ini dilengkapi dengan teknologi adaptive-sync dari 144Hz, manakala ASUS TUF Dash F15 disertakan dengan model yang menyokong adaptive-sync sehingga 240Hz.

Dalam erti kata lain, para pengguna berpeluang menonton paparan dengan motion yang lebih jelas dan baik membuatkan pengalaman penggunaan akan lebih menarik.

Mengulas dari saiz skrin, ASUS TUF Gaming F15/17 hadir dengan dua saiz skrin iaitu 15.6-inci dan 17-inci manakala ASUS TUF Dash F15 cuma hadir dengan satu skrin iaitu 15.6-inci.

Lebih menarik, kedua-dua model ini dilengkapkan dengan bezel yang nipis sekaligus membolehkan para pengguna menonton skrin tanpa sebarang gangguan.

Saiz yang nipis dan ringan

1200x1200_TUFF15

Memasuki tahun 2021 sudah menjadi keutamaan buat orang ramai untuk mendapatkan komputer riba yang nipis dan ringan meskipun untuk sebuah komputer riba gaming. Hal ini berikutan kebanyakan komputer riba gaming kini sudah mulai ditawarkan pada saiz yang lebih kecil dan nipis.

ASUS juga nampaknya tidak terlepas mengikuti trend yang sama di mana model ASUS TUF Dash F15 ini hadir dengan berat 2kg sahaja dengan ketebelan serendah 2cm sahaja.

Meskipun nipis, apa yang membuatkan model ini tampil unik adalah penggunaan material Military Grade MIL-STD 810H yang menjamin model ini tahan lasak serta turut dibantu dengan sistem penyejukan Smart Cooling Dual 83-Blade Fans sekaligus membuatkan model ini kekal sejuk sewaktu digunakan.

Rekaan yang penuh gaya

2021 ASUS TUF Dash F15_FX516_Scenario Photo_01

Sebut sahaja komputer riba gaming pastinya orang ramai yang akan membayangkan komputer riba yang tebal dan hadir dengan warna hitam. ASUS pada kali ini nampaknya lari daripada kebiasaan dalam menawarkan komputer riba gaming mereka dengan warna Moonlight White membuatkan ASUS TUF Dash F15 tampil lebih menyerlah.

Dalam pada itu, model ini masih lagi menawarkan warna kelabu buat mereka yang mahukan komputer riba dengan kemasan warna yang gelap. ASUS TUF Gaming F15/17 pula setakat ini cuma ditawarkan dengan warna kelabu sahaja.

Dikuasakan oleh processor Intel generasi kesebelas

1200x1200_TUF Dash (1)

Menerusi siri keluaran ASUS TUF pada tahun ini, ASUS telah menggunakan processor Intel generasi kesebelas iaitu yang terbaru pada model keluaran mereka.

ASUS TUF Gaming F15/F17 hadir dengan beberapa model berbeza yang menggunakan processor Intel Core i5-11400H  dan Intel Core i7-11800H. Penggunaan processor ini menjamin pengguna mendapat pengalaman penggunaan yang lancar dalam menjalankan kerja seharian.

Model ASUS TUF Dash F15 pula cuma dilengkapkan dengan sebuah processor sahaja Intel Core i7-11370H serta dibantu oleh Intel Iris X.

Turut menggunakan kad grafik berkuasa tinggi

TUF Metal 15°ß_01

Menyebut tentang komputer riba berprestasi tinggi serta digunakan untuk gaming, pastinya kad grafik terbaru dan mantap antara yang diperlukan. Menariknya, model nipis dan ringan ini masih lagi mampu menawarkan kad grafik RTX 3050 dan RTX 3060.

Model ASUS TUF Gaming F15/17 hadir dengan dua model yang menggunakan kad grafik RTX 3050 4GB GDDR6 dan RTX 3060 6GB GDDR6. Model ASUS TUF Dash F15 pula hadir dengan kad grafik yang bebeza iaitu RTX 3050 Ti 4GB GDDR6.

Penggunaan kad grafik ini sekaligus membuatkan model ini tidak lagi mempunyai masalah untuk menjalankan aplikasi serta gaming terbaru di pasaran dengan lancar.

Harga

2021 ASUS TUF Dash F15_FX516_Scenario Photo_04

Agak mengejutkan berdasarkan spesifikasi yang ditawarkan ASUS mampu menawarkan ASUS TUF Gaming F15 dengan harga serendah RM4,199 dan RM4,799 bagi model F17 dengan skrin 17-inci. ASUS TUF Gaming F15 yang hadir spesifikasi lebih tinggi menerusi penggunaan processor Intel Core-i7 pula hadir dengan harga RM5,599 sahaja.

ASUS TUF Dash F15 sedia untuk didapatkan bermula akhir Mei lalu dengan harga RM4,799 sahaja.

2021 ASUS TUF Dash F15_FX516_ Scenario Photo_05

Menariknya, para pelanggan bakal turut diberikan bersama ASUS TUF Backpack yang serba bergaya dengan ruang penyimpanan komputer riba. Pihak ASUS juga sedia memberikan waranti sehingga 2 tahun buat para pembeli. Berbaloi bukan?

Sekiranya anda merupakan seorang gamer atau para pelajar yang memerlukan komputer riba dengan kuasa pemprosesan yang tinggi, mungkin komputer riba siri ASUS TUF 2021 ini antara yang kami cadangkan untuk dijadikan pilihan terbaik anda.

Buat anda yang ingin mengatahui lebih lanjut mengenai ASUS TUF Dash F15, anda boleh klik di sini manakala untuk ASUS TUF Gaming F15/F17 boleh klik di sini.

Ketahui juga lebih lanjut mengenai ASUS VivoBook 15 K513 yang serba lengkap buat para pelajar dengan harga RM3,299 sahaja.

ASUS VivoBook 15 K513, Komputer Riba Serba Lengkap Buat Para Pelajar Dengan Harga RM3,299

Vocket Review: ASUS ProArt StudioBook Pro 17, Komputer Riba Khas Buat Pemain Industri Kreatif