Setiap kali memilih komputer riba, pastinya orang ramai seakan rambang mata untuk memilih model yang sesuai. Mana tidaknya, kebanjiran model yang pelbagai pada ketika ini sudah pastinya membuatkan pemilihan untuk mendapatkan model yang terbaik mengambil masa yang sedikit panjang.

Bersesuaian dengan musim para pelajar mendaftarkan diri ke alam universiti, kami pada kali ini ingin kongsikan kepada anda sebuah komputer riba memfokuskan kepada produktiviti untuk kegunaan para pelajar sepanjang di universiti serta anak muda khususnya generasi Z.

Model yang kami pilih pada kali ini adalah ASUS VivoBook S15 (S533F). Hadir dengan pakej lengkap serta disasarkan untuk golongan muda antara yang membuatkan model ini tampil berbeza dengan model-model yang lain. Untuk mengetahui lebih lanjut, jom ikuti bacaan lanjut mengenai model terbaru daripada ASUS ini.

Rekaan

asusvivobooks15s533featured

Dari segi rekaan ASUS nampaknya lari daripada kebiasaan komputer riba yang sering hadir dengan warna perak atau hitam dengan menawarkan model dengan warna yang agak unik pada pendapat kami.

Rekaannya luarannya yang tampak premium secara tidak langsung membuatkan model ini tampak lebih menyerlah berbanding model-model komputer riba yang lain. Model ini sedia ditawarkan dengan empat warna iaitu Dreamy Silver, Indie Black, Gaia Green dan Resolute Red.

Menyoal dari segi penggunaan anak muda atau pelajar, sudah pastinya komputer riba ini bakal digunakan di tempat yang berbeza. Oleh yang demikian, model ini bukan lagi masalah serta menjadi pilihan dimana ASUS VivoBook hadir dengan berat serendah 1.8kg sekaligus membolehkan urusan kerja dapat dilakukan dimana-mana tanpa sebarang halangan.

S533_Product photo_White_12

Bukan itu sahaja, penyertaan Keyboard dengan jenis Backlit Chiclet pastinya turut membantu para pelajar dalam melakukan kerja khususnya dalam keadaan gelap.

Skrin

photo6330135939053103540

Khas buat mereka yang mahu menggunakan dalam tempoh yang panjang, sudah pastinya saiz dan kualiti skrin antara yang memain peranan dan nampaknya ASUS sekali lagi cemerlang dalam menawarkan apa yang diperlukan pengguna.

Pada model ASUS VivoBook S15, model ini dilengkapi dengan skrin 15.6-inci LED Full HD (1920 x 1080) 16:9. Apa yang kami cukup suka dengan model ini adalah penggunaan teknologi NanoEdge display dimana skrin meliputi 86% badan komputer riba membolehkan para pengguna mendapatkan saiz skrin yang besar setanding saiz komputer.

Spesifikasi

photo6330135939053103541

Apabila membincangkan mengenai komputer riba sudah pastinya spesifikasi yang menjadi ukuran utama dan menjadi sebab utama kami memilih model ini berdasarkan spesifikasinya berbaloi berdasarkan harga yang ditawarkan.

Bersesuaian dengan masa kini dimana anak muda mahukan spesifikasi yang tinggi bagi menjalankan segala kerja produktiviti yang memerlukan kuasa prestasi yang mecukupi, ASUS VivoBook telah menawarkan processor generasi terbaru daripada Intel iaitu Intel® Core™ i5-10210U 1.6 GHz 6M cache yang boleh dinaikkan sehingga 4.2 GHz.

Bukan itu sahaja, model ini turut dipadankan dengan kad grafik NVIDIA® GeForce® MX250 4GB GDDR5. Setakat percubaan, model ini dilihat tidak mempunyai masalah untuk memainkan sejumlah game keluaran 2020 dengan stabil. RAM 8GB 2666 MHz DDR4 beserta SSD dengan kapasiti 512GB antara yang disertakan. Sokongan WiFi, Bluetooth® 5.0 dan kamera hadapan antara yang ditawarkan.

photo6330135939053103539

photo6329863363248630227

Mengulas mengenai port, meskipun model ini hadir dengan reka bentuk yang nipis, model ini berjaya menawarkan hampir segala port yang diperlukan yang terdiri dariapda USB 3.1 Type A, USB Type-C, dua port USB 2.0, HDMI, 3.5mm headphone jack serta slot pembacaan Micro SD.

Oh ya, sesuai buat anak muda yang gemarkan muzik, model ini turut disokong dibantu dengan sokongan audio daripada Harman Kardon yang sekaligus menjanjikan pengalaman yang awesome sepanjang penggunaan. Menarik bukan?

Turut dilengkapkan dengan pengecasan pantas dan tempoh penggunaan yang panjang

photo6330135939053103546

Antara fungsi penting serta underrated pada pendapat kami menerusi model ini adalah penawaran pengecasan pantas dimana para pengguna berpeluang mengecas komputer riba daripada 0% ke 60% dalam tempoh 49 minit sahaja. Pantas bukan?

Bukan itu sahaja, di sebalik rekaannya yang slim dan sleek, model ini mampu digunakan sehingga 15 jam untuk satu pengecasan penuh dimana kami berpendapat fungsi ini banyak diperlukan buat anak muda yang kerap menggunakan komputer riba di merata-rata tempat.

Harga

photo6330135939053103545

Apabila membincangkan komputer riba untuk golongan muda serta para pelajar, sudah pastinya faktor harga antara yang menjadi faktor penentuan. Menerusi model ASUS VivoBook S15, siapa sangka ASUS berjaya menawarkan model serba lengkap ini dengan harga serendah RM3,199 sahaja.

Sebuah harga yang sangat berbaloi melihatkan kepada spesifikasi yang ditawarkan. Bukan itu sahaja, turut hadir bersama komputer riba adalah jaminan waranti selama dua tahun beserta beg komputer eksklusif daripada ASUS.

VivoBook S15_S533_M533_Product Photo_all colors_01

Sekiranya anda merupakan seorang pelajar atau anak muda yang sedang mencari komputer riba bagi tujuan produktiviti atau design, mendapatkan ASUS VivoBook S15 sememangnya pilihan yang berbaloi.

Mula dijual bermula 30 Jun ini, 30 pembeli terawal di Lazada dan Shopee bakal menerima baucer bernilai RM100. Anda boleh dapatkan promosi komputer riba produktiviti dengan harga berbaloi ini dengan klik di sini untuk Lazada dan di sini untuk Shopee.

Ikuti juga review penuh kami mengenai ASUS ROG Strix G531GU yang dilancarkan pada tahun lalu. 

Vocket Review: ‘Sedap’ Atau Tidak Asus ROG Strix G531GU?

Asus ROG Mothership Dilancarkan Di Malaysia Dengan Harga RM26,999