Screen Shot 2020-09-07 at 9.41.16 PM

Mencari komputer riba yang sesuai dengan keperluan serta berada dalam bajet kadang kala mungkin memeningkan kepala buat sesetengah pihak. Kehadiran teknologi dan spesifikasi yang pelbagai terkadang membuatkan anda rambang mata dalam memilih komputer riba yang terbaik untuk didapatkan.

Buat golongan yang sering ke sana sini serta kerap menggunakan komputer riba tanpa mengira tempat, sudah pastinya komputer riba yang nipis antara yang menjadi keutamaan.

ASUS-ZenBook-14-UX425-11

Sumber: Nasi lemak tech

Dalam pada itu, di sebalik penawaran rekaan yang nipis, ketahanan bateri yang panjang turut menjadi keperluan apatah lagi apabila berada di kawasan yang bebas dengan tempat pengecasan.

Situasi yang membelenggu para pembeli ini akhirnya berjaya diselesaikan ASUS menerusi siri ASUS ZenBook 13 & 14 terbaru dimana model ini berjaya dinobatkan sebagai komputer riba ternipis di pasaran ketika ini.

Tidak hanya memfokuskan kepada kenipisan semata-mata ASUS ZenBook berjaya membuka mata ramai melalui penawaran bateri sehingga 22 jam pengguna. Menarik bukan?

Rekaan

ZenBook_14_UX425_ICL_Product photo_2G_Pine Grey_03

Sekiranya anda seorang yang on the go dimana penggunaan komputer tidak statik pada sesuatu tempat, pastinya rekaan yang nipis antara yang menjadi keutamaan.

Di sebalik rekabentuk yang nipis, pastinya yang mendambakan rekaan yang moden dan premium yang secara tidak langsung membuatkan penggunanya tampak lebih bergaya dan konfiden saat berjumpa dengan teman atau para client.

Apa yang membuatkan model ini tampil lebih premium adalah penggunaan kemasan logam nipis dan kukuh mengikut piawayaan ketenteraan. Dalam erti kata lain, anda tidak lagi perlu risau dari segi ketahanan komputer riba ini meskipun hadir dengan saiz yang kecil dan nipis. Terdapat dua warna yang ditawarkan ASUS buat ZenBook iaitu Pine Grey dan Lilac Mist.

ASUS ZenBook

Skrin

maxresdefault (11)

Menerusi siri ASUS ZenBook ini, ASUS berjaya menawarkan model ini dengan dua saiz skrin berbeza iaitu 13.3-inci dan 14-inci. Menariknya kedua-dua merupakan komputer riba ternipis dunia.

Penawaran skrin yang terang serta memenuhi 88% bahagian hadapan badan membolehkan ASUS ZenBook hadir dengan saiz yang kecil meskipun hadir dengan saiz 14-inci.

Spesifikasi

ASUS-ZenBook-UX425-10

Sumber: tech critter

Dari segi spesifikasi, model ini dikuasakan oleh processor Intel Core i7-1065G7 dengan RAM 8GB DDR4. Ruang storan bagi siri ini ditawarkan dengan SSD 512GB dimana anda berpeluang menyimpan segala dokumen, gambar dan video dan serta dapat mengaksesnya dengan pantas.

Dalam usaha untuk memudahkan pengguna, ASUS ZenBook turut dilengkapi dengan beberapa port yang terdiri daripada dua USB-C Thunderbolt 3 dan HDMI. Selain itu, port USB-A masih lagi ditawarkan.

Full Size Ports

Teman penting anda sepanjang bergerak seharian

ASUS-ZenBook-14-2-1200×676

Seperkara yang paling menarik perhatian ramai mengenai ASUS ZenBook sudah pastinya penawaran baterinya sehingga 22 jam. Sememangnya idaman ramai untuk memiliki sebuah komputer riba yang nipis, kecil namun masih mampu menawarkan ketahanan bateri yang lama.

Bukan itu sahaja, ASUS ZenBook turut dilengkapi dengan fast-charge dimana pengguna berpeluang mengecas model ini daripada 0-60% dalam tempoh 49 minit sahaja.

Screen Shot 2020-08-22 at 10.26.14 AM

Mengulas mengenai produktiviti, kami lihat ASUS ZenBook bijak menggunakan ruang untuk tampil moden menerusi penawaran ASUS NumberPad 2.0. Pastinya lebih mudah bukan apabila touchpad anda berubah menjadi NumberPad apabila anda mengetik nombor.

Ditambah pula dengan keyboard dengan pencahayaan LED, pastinya kerja-kerja yang dilakukan pada waktu gelap berjaya dilengkapkan dengan lebih mudah.

Harga

ZenBook_14_UX425_ICL_Product photo_2G_Pine Grey_13_NumberPad

ASUS ZenBook 13.3-inci dan 14-inci masing-masing ditawarkan pada harga RM3,999 dan RM4,699. Sebuah harga yang agak berbaloi buat sebuah ultrabook berdasarkan apa yang ditawarkan pada model ini.

Para pengguna bukan sahaja membayar untuk spesifikasi, malah model ini menawarkan ciri yang diperlukan pengguna yang kerap bergerak seperti skrin yang optimum, ketahanan bateri yang panjang dan juga rekabentuk yang nipis dan ringan.

Adakah berbaloi?

ASUS-ZenBook-14-5

ASUS ZenBook pada pendapat kami sememangnya sebuah ultrabook dengan pakej lengkap. Dalam pada itu, model ini mungkin bukan pilihan buat semua golongan tambah-tambah lagi mereka yang gilakan spesifikasi yang tinggi untuk menjalankan kerja-kerja berat melibatkan suntingan video dan sebagainya.

Mengulas dari segi harga ASUS ZenBook sememangnya sangat berbaloi untuk didapatkan sekiranya anda mahukan sebuah komputer riba yang nipis serta mampu melancarkan segala tugasan harian anda khususnya buat anda yang on the go.

Buat anda yang menggunakan komputer riba untuk bukan kerja berat seperti melayari laman web, mementingkan rekaan yang tampak premium dan mahukan saiz yang ringan untuk mudah dibawa, ASUS ZenBook sememangnya pilihan terbaik di dalam untuk komputer riba dengan saiz 13-inci dan 14-inci.

Untuk maklumat lanjut mengenai siri ASUS ZenBook 13 & 14, anda boleh klik di sini untuk ZenBook 13 (UX325) dan klik di sini untuk ZenBook 14 (UX425).

photo6246555390141639524

Bersempena dengan kempen ASUS Say IT! anda berpeluang menebus gift card Grab Food bernilai RM40 untuk setiap pembelian komputer riba atau dekstop keluaran ASUS dan ROG menerusi Lazada, Shopee serta rangkaian kedai fizikal. Apa yang perlu anda lakukan adalah review produk dibeli. Anda boleh klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Kempen ini berlangsung bermula hari ini sehingga 30 September 2020 tertakluk kepada terma dan syarat sementara stok masih ada. Apa tunggu lagi, jom dapatkan produk keluaran ASUS dan ROG segera!

Tonton juga ulasan penuh daripada kami mengenai komputer riba pilihan generasi Z iaitu ASUS Vivobook S15.

Vocket Review: Asus VivoBook S15, Komputer Riba Terbaik Buat Generasi Z Miliki

ASUS ROG Malaysia Berkolaborasi Bersama Stoned & Co. Hasilkan Koleksi ‘Streetwear’