Asus pada hari ini telah melancarkan model komputer riba khusus buat mereka yang mahukan penguasaan spesifikasi yang tinggi. Model yang ditawarkan ini berjaya menjadi model terawal Asus dengan penggunaan Intel Core i9.

Mengulas dari segi spesifikasi, Asus Zenbook Pro 15 hadir dengan penyertaan processor Intel Core i9 8950HK, 16 GB RAM, serta NVIDIA GTX 1050 TI 4 GB. Menariknya, model ini turut menggunakan paparan 4K dalam memberikan kepuasaan buat para pengguna menggunakannya. Ruang storan yang ditawarkan adalah 1 TB PCIE x 4 SSD.

UX580 Webpage_02-ok

Model Asus Zenbook Pro 15 turut hadir dengan spesifikasi entry level yang hadir dengan processor Intel Core i7, paparan 1080p, RAM 8 GB DDR4 serta kad grafik NVIDIA GTX 1050 4 GB.

Asus Zenbook Pro 15 bakal mula ditawarkan dengan harga RM5,999 manakala model dengan spesifikasi Intel Core i9 hadir bakal mula dijual dengan tanda harga RM10,999. Buat anda yang mahukan penguasan yang tinggi pada komputer riba anda, mungkin mendapatkan Asus Zenbook Pro 15 antara pilihan yang berbaloi.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group