Sudah menjadi lumrah pada masa kini di mana komputer menjadi keperluan buat orang ramai lebih-lebih lagi pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Kebergantungan kepada komputer dalam tempoh yang panjang turut menarik perhatian orang ramai dalam mendapatkan komputer yang pantas, berprestasi tinggi dan serba lengkap.

Buat golongan profesional khususnya mereka yang terlibat dalam industri kreatif digital, pastinya model yang memfokuskan kepada produktiviti antara yang didambakan. Pada kali ini, kami ingin kongsikan lima perkara yang perlu anda ambil perhatian sebelum mendapatkan sebuah komputer riba.

1. Skrin yang jelas dan terang

Asus-ROG-Switch-PG35VQ-01
Sumber: trusted reviews

Menyebut tentang komputer, sudah pastinya skrin yang jelas dan terang antara yang menjadi keutamaan. Mana tidaknya, perkara pertama yang menjadi tontonan setiap hari haruslah berada dalam keadaan terbaik dalam menjamin kerja kekal produktif.

Buat golongan profesional khususnya mereka yang mementingkan paparan skrin yang terbaik, paparan yang boleh anda dapatkan kini merupakan paparan yang menyokong resolusi sehingga 4K. Selain itu, skrin yang dengan response time yang rendah memastikan segala imej yang terpapar pada skrin dapat dilihat dengan jelas tanpa masalah kabur.

2. Mampu menyerlahkan kreativiti anda

GettyImages-114371817-58a523bc3df78c345b322934-c053d760a8394fdfb07343357925a9dd
Sumber: lifewire

Buat anda yang kerap menggunakan komputer dalam menyerlahkan kreativiti khususnya melibatkan editing atau animasi, pastinya alatan tambahan antara yang diperlukan dalam membantu melancarkan kerja seharian anda.

Alatan yang kami maksudkan terdiri daripada digital drawing board beserta stylus yang membolehkan anda menyerlahkan kreativiti dengan melakar dan melukis. Hal ini secara tidak langsung dapat mempercepatkan kerja anda berbanding menulis di kertas dan menterjemahnya semula pada bentuk digital.

3. Penggunaan dwi-skrin

maxresdefault
Sumber: Youtube David Zhang

Dalam mengejar produktiviti kerja seharian, pastinya terdapat situasi di mana anda mendambakan penggunaan skrin tambahan dalam memastikan kerja anda dapat dilengkapkan dengan lebih pantas dan teratur.

Penggunaan monitor jenis yang sama atau yang menawarkan kualiti warna yang setanding antara yang disyorkan dalam membuatkan setup komputer anda tampak lebih kemas dan teratur.

4. Penawaran spesifikasi yang serba lengkap

02
Sumber: ASUS

Menyebut tentang produktiviti buat golongan profesional, tidak sah rasanya jika tidak menyentuh tentang spesifikasi komputer. Mengikut spesifikasi semasa, model dengan penggunaan processor Intel Core-i7 beserta kad grafik daripada siri NVIDIA RTX terbaru dengan 8GB GDDR6 antara contoh spesifikasi dengan kelas tertinggi setakat ini.

Penggunaan ruang storan SSD berbanding HDD beserta RAM yang tinggi antara yang disyorkan agar kerja dapat dilengkapkan dengan pantas tanpa sebarang gangguan.

5. Menawarkan mobiliti

ASUS ZenBook Pro Duo

Khusus buat mereka yang kerap travel atau bekerja secara on the go, pastinya komputer riba antara yang diutamakan. Selain itu, saiz dan berat komputer riba juga memain peranan penting dalam memudahkan anda membawa komputer riba bersama-sama anda.

Mendapatkan komputer riba yang memenuhi kriteria

ASUS ZenBook Pro Duo

Berdasarkan lima cara kreatif seperti yang disebutkan di atas, pasti ramai yang beranggapan agak mustahil untuk mendapatkan sebuah komputer yang serba lengkap di mana model tersebut ditawarkan dengan paparan beresolusi 4K, menawarkan platform yang boleh dilukis, dwi-skrin, mobiliti dan juga spesikasi yang mantap.

Walau bagaimanapun, ASUS berjaya merealiasikannya menerusi komputer riba terbaru mereka iaitu ASUS ZenBOOK Pro Duo 15 OLED.

Screen Shot 2021-06-24 at 10.24.39 PM

Dari segi spesifikasi, model ini dilengkapkan dengan processor Intel Core-i9 generasi kesepuluh, kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3070, RAM 32GB beserta ruang storan 1TB SSD. Skrin utama yang ditawarkan pula adalah skrin sesentuh bersaiz 15-inci dengan paparan OLED.

Menariknya, model ini turut menyediakan sesuatu yang tidak ditawarkan pada komputer riba yang lain iaitu ASUS Tilting ScreenPad Plus yang berfungsi sebagai skrin kedua pada komputer riba ini. Para pengguna juga turut berpeluang menyelahkan kreativiti atau menggunakan skrin sesentuh yang tersedia untuk mengakses skrin kedua ini. Menarik bukan?

Teknologi paparan OLED ASUS

ASUS ZenBook Pro Duo
Sumber: notebookcheck

Mengulas mengenai paparan OLED ASUS, jenama ini dilihat sangat konsisten dalam menawarkan paparan terbaik untuk tontonan para pengguna. Menerusi model ini, pengguna bukan sahaja menerima skrin dengan paparan beresolusi 4K, malah turut mengurangkan penawaran cahaya biru yang mampu memberi tekanan pada mata sehingga 70% berbanding paparan LCD.

Selain itu, teknologi Display HDR yang ditawarkan boleh membuatkan warna hitam yang dipaparkan tampil lebih gelap. Begitu juga buat mereka yang kerap bermain game atau menonton video berdefinisi tinggi di mana model ini turut menawarkan response time serendah 0.2 ms.

Harga ASUS ZenBOOK Pro Duo 15 OLED

ASUS Zen Book Duo Laptop
Sumber: tech radar

Model serba lengkap dan unik daripada para pesaing ini sedia untuk didapatkan dengan harga bermula daripada RM12,999 bagi model dengan penggunaan processor Intel Core-i7 dan RM15,999 bagi model dengan penggunaan processor Intel Core-i9.

Berdasarkan kelengkapkan yang ditawarkan, kami yakin komputer riba ini mungkin pelengkap dan solusi buat golongan profesional khususnya mereka yang terlibat dalam industri kreatif.

ASUS ZenBook Pro Duo

Sekiranya anda seorang fotografer, pembuat filem, artis, ilustrator digital, atau pereka grafik yang bercita-cita tinggi, inilah peluang untuk anda bersinar! Tunjukkan kreativiti anda kepada profesional industri dan komuniti seni & kreatif tempatan, dan menangi hadiah menarik bernilai RM35,000 dan ASUS ZenBook Pro Duo 15 OLED (UX582) baru bernilai RM12,999! Untuk menyertai peraduan ini, lawati laman rasmi ASUS.

Screen Shot 2021-06-28 at 12.08.27 PM

Untuk maklumat lanjut mengenai ASUS ZenBook Pro Duo 15 OLED (UX582), lawati halaman produk di klik di sini.

Ketahui lebih lanjut komputer riba ASUS TUF 2021 yang menjadi pilihan para pelajar serta para gamer ini.

Nipis Dan Berkuasa Tinggi, Siri ASUS TUF 2021 Pilihan Berbaloi Buat Para Pelajar Dan ‘Gamer’

ASUS VivoBook 15 K513, Komputer Riba Serba Lengkap Buat Para Pelajar Dengan Harga RM3,299