Asus nampaknya tidak menunggu lama untuk mengumumkan telefon pintar flagship terbaru mereka iaitu Asus Zenfone 3 Deluxe. Apa yang menariknya pada telefon terbaru daripada Asus ini adalah penggunaan cip pemprosesan Snapdragon 821 menjadikan Zenfone 3 Deluxe model pertama pertama yang menggunakan cip pemprosesan terbaru ini.

Qualcomm yang baru sahaja mengumumkan model cip pemprosesan terbaru mereka ini tidak kurang 24 jam dan nampaknya Asus bijak untuk mengambil peluang. Apa yang membezakan Snapdragon 820 dan Snapdragon 821 adalah perbezaan dari segi kepantasan dimana Snapdragon mampu memproses data 10% lebih laju berbanding Snapdragon 820.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Asus-Zenfone-3-Deluxe-Hands-On-AA-10-of-11

Berdasarkan spesifikasi Asus Zenfone 3 Deluxe dengan mudah boleh saya katakan Asus mahu menjadi ‘King of smartphone’. Meskipun rekabentuk mengekalkan rekabentuk yang sama seperti Zenfone 3, spesifikasi yang power menjadi keutamaan Asus pada kali ini.

Menggunakan Snapdragon 821 2.4 Ghz, RAM 6GB serta storan dalaman 256 GB. Mungkin spesifikasi ini sahaja lebih ‘power’ berbanding komputer riba anda. Slot microSD juga terbina dimana membolehkan anda menambah sehingga 128 GB. Ternyata telefon pintar terbaik buat mereka yang mahukan ruang storan yang besar.

Dari segi paparan model ini disertakan dengan skrin 5.7-inci Super AMOLED 1080p. Asus ZenfoneĀ 3 Deluxe dilengkapi denganĀ kamera belakang 23-megapixel dengan sokongan OIS, laser AF dan dual tone flash. Cukup lengkap untuk sebuah kamera telefon. Untuk rakaman selfie, ia hadir dengan kamera 8-megapixel. Pengimbas cap jari ditempat dibelakang dan dikuasakan oleh 3000 mAh battery.

asus-zenfone-3-deluxe-821

Model ini dijangka akan mula dijual di Taiwan dan Hong Kong sekitar awal Ogos ini dan mahu memfokuskan buat pasaran Asia terlebih dahulu. Kami kurang pasti sama ada model ini akan dibawa masuk secara rasmi buat pasaran Malaysia atau tidak.

Buat anda yang menggemarkan telefon pintar dengan ruang storan yang besar serta spesifikasi yang tinggi, mungkin Asus Zenfone 3 Deluxe antara telefon pintar terbaik buat anda. Spesifikasi yang hebat sedikit sebanyak memaksa Asus untuk hadir dengan harga yang premium. Harga yang diumumkan Asus pada model Zenfone 3 Deluxe adalah $780 yang bersamaan RM3099. Harga yang sama diumumkan Samsung pada model Samsung S7 Edge.

Sumber