Asus pada minggu ini telah melancarkan smartphone flagship terbaru mereka iaitu Zenfone 5z. Model ini hadir dengan rekaan yang premium serta ditawarkan dengan spesifikasi yang tinggi.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Dari segi spesifikasi, Asus Zenfone 5z berjaya menawarkan spesifikasi tertinggi buat smartphone Android dengan penggunaan processor Snapdragon 845, RAM 8GB serta 256GB storan. Selain itu, para pengguna turut berpeluang menambah ruang storan dengan penyertaan kad Micro SD.

asus-zenfone-5-review-8-1500×1000

Dari segi kamera Asus Zenfone 5z hadir dengan dwi kamera 12-megapixel manakala kamera hadapan disertakan dengan lensa 8-megapixel. Menariknya, Asus berjaya menawarkan sebuah harga yang menarik buat model terbaru mereka iaitu RM2,299 menjadikan Zenfone 5z sebagai model dengan harga terendah menggunakan Snapdragon 845 beserta 8 GB RAM. Mampukah model ini menjadi flagship killer pada tahun ini?

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group