Beberapa bulan selepas pelancaran rasmi Asus Zenfone Max Pro M1, Asus Malaysia pada minggu ini telah mengeluarkan model ini dengan variasi RAM 4 GB beserta 64 GB storan.

Model ini turut hadir dengan processor Snapdragon 636 bagi membolehkan anda mendapatkan kelancaran yang terbaik khusus buat mereka yang gemar bermain game pada smartphone. Penyertaan skrin bersaiz 6-inci Full View Display antara yang membuatkan pengalaman menggunakan smartphone ini semakin rancak.

700x666_4GB

Model Asus Zenfone Max Pro M1 dengan variasi RAM 4 GB ini mula ditawarkan dengan harga RM849. Anda boleh klik di sini untuk mendapatkannya secara online di Lazada.

Buat anda yang berminat untuk mendapatkan Asus Zenfone Max Pro M1, anda boleh baca disini review lengkap daripada kami dengan klik di sini setelah mencubanya.