Asus mungkin bukanlah jenama smartphone yang kompetitif sepertimana Google, Apple, Samsung dan Huawei. Penawaran smartphone midrange sebelum ini lebih menunjukkan Asus serius dalam mensasarkan pengguna dengan budget dibawah RM1,000.

Dalam pada itu bermulanya hujung 2017, Asus nampaknya semakin mendapat tempat dihati pengguna dengan peningkatan orang ramai terhadap smartphone berprestasi tinggi. Hal ini kerana orang ramai lebih cenderung untuk bermain game yang trending ketika ini seperti PUBG dan Rules of Survival.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi pelancaran smartphone terbaru Asus Zenfone Max Pro M1 baru-baru ini, kami tidak ketinggalan untuk mencubanya bagi menguji sendiri sejauh manakah smartphone yang dikatakan mampu milik ini berbaloi untuk kegunaan seharian. Berikut kami akan kupaskan secara lanjut satu persatu tentang apa yang membuatkan Asus Zenfone Max Pro M1 menarik untuk digunakan.

Rekaan

Asus Zenfone Max Pro M1 Bahagian Depan

Kami mulakan ulasan dengan mengulas dari segi rekaan smartphone midrange daripada Asus ini. Dari bahagian hadapan, anda dapat melihat Asus tidak lagi menyertakan butang kapasitif dibahagian bawah smartphone mereka.

Rekaan yang moden dengan penyertaan bezel yang minimum sekaligus membuatkan anda memegang seakan sebuah smartphone flagship.

Asus Zenfone Max Pro M1 Bahagian Belakang

Pada bahagian belakang pula, Asus masih lagi menggunakan material plastik bersama bingkai metal. Meskipun tidak kelihatan begitu premium, namun pada pendapat kami ianya sedap dipegang berikutan permukaannya yang tidak begitu licin dan meninggalkan kesan cap jari.

Capaian pengimbas cap jari atau fingerprint scanner Asus Zenfone Max Pro M1 juga mudah dicapai meskipun smartphone ini hadir dengan rekaan yang sedikit meninggi. Dari segi imbasan, Asus berjaya menawarkan imbasan cap jari yang pantas sebaik sahaja anda meletakkan jari anda.

Skrin

Asus Zenfone Max Pro M1 skrin jarak dekat

Model ini dilengkapi dengan paparan IPS LCD bersaiz 5.99-inci dengan resolusi 1080×2160 pixel. Sebaik sahaja anda menggunakan smartphone ini buat pertama kali kami yakin anda pasti teruja dengan skrin yang ditawarkan.

Penawaran warna yang terang, jelas dan terperinci antara yang membuatkan kami berpendapat Asus berjaya menawarkan yang terbaik buat pengguna yang mahukan smartphone midrange. Buat anda yang sedang mencari smartphone untuk bermain game, penyertaan skrin bersaiz hampir 6-inci ini pasti menambahkan lagi kepuasan anda bermain.

Spesifikasi

cof

Asus memilih untuk menyertakan processor Snapdragon 636 beserta RAM 3 GB. Meskipun ianya tidak menggunakan processor Snapdragon setaraf smartphone flagship, anda masih lagi berpeluang menggunakan smartphone ini untuk bermain game serta menjalankan aktiviti melayari aplikasi sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram dengan lancar.

Menariknya, model ini menggunakan Android 8.1 dan menggunakan UI stock Android dimana anda tidak didatangi tanpa sebarang bloatware dalam memastikan smartphone berjalan dengan lancar.mAnda juga boleh menambah ruang storan smartphone ini melalui slot MicroSD yang tersedia dengan penyertaan sehingga 512 GB. Lagi best saiz baterinya juga besar; 5,000mAh!

Pengalaman penggunaan

UNADJUSTEDNONRAW_thumb_4f

1. Bateri

Asus Zenfone Max Pro M1 Skrin

Sebuah perkara yang paling awesome mengenai Asus Zenfone Max Pro M1 ini adalah model ini dilengkapi dengan bateri berkapasiti 5000 mAh. Lebih menarik, Asus berjaya memuatkan bateri bersaiz besar ini di dalam sebuah smartphone yang bertubuh slim ini.

Sepanjang penggunaan kami menggunakan model ini, kami berjaya mendapatkan penggunaan screen on time sekitar 9 sehingga 10 jam berdasarkan penggunaan melibatkan bermain game, menjawab panggilan serta melayari media sosial. Pada kami ianya sebuah rekod yang hebat bagi smartphone midrange berbanding model-model smartphone yang lain.

Walaubagaimanapun, model ini tidak menyokong pengecasan pantas dimana anda mememerlukan sekitar 2 jam 40 minit untuk mengecas model ini sehingga penuh.

2. Kamera

UNADJUSTEDNONRAW_thumb_50

Model ini dilengkapi dengan dwi kamera 13-megapixel dan 5-megapixel. Memandangkan ianya dwi kamera, anda berpeluang mendapatkan gambar bokeh seperti yang diidamkan.

Berdasarkan percubaan kami, boleh dikatakan kami agak berpuas hati dengan model ini meskipun ianya tidak memfokuskan kepada kamera seperti jenama-jenama lain.

Gambar pada keadaan malap mungkin sedikit kurang menyerlah namun dalam keadaan lain Asus Zenfone Max Pro M1 berjaya menawarkan gambar dengan kualiti yang baik. Berikut merupakan sampel gambar yang diambil menggunakan Asus Zenfone Max Pro M1.

IMG_20180627_190719

IMG_20180627_190705

IMG_20180627_191934

IMG_20180627_210534

IMG_20180627_200857

IMG_20180627_200804

3. Adakah model ini sesuai untuk digunakan bermain game?

Asus Zenfone Max Pro M1 Game

Kami turut cuba bermain game pada Asus Zenfone Max Pro M1 untuk melihat sejauh mana prestasi smartphone dan boleh dikatakan ianya tidak mengecewakan.

Berdasarkan percubaan kami bermain seperti PUBG, Asphalt 8, Tekken dan PES 2018 semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang penurunan prestasi sekaligus mengesahkan smartphone ini sangat sesuai dijadikan peranti untuk anda bermain game.

Nak tahu apa lebih best? model ini turut dilengkapi dengan speaker secara menyeluruh yang bakal membuatkan pengalaman bermain game anda lebih menarik. Sebuah lagi perkara yang Asus berjaya sertakan pada smartphone dengan harga mampu milik.

4. Adakah berbaloi untuk dimiliki?

Asus berjaya menawarkan sebuah smartphone yang menawarkan prestasi dan spesifikasi yang baik pada pendapat kami. Ditambah pula dengan penggunaan stock Android, semuanya seakan lebih lancar.

Sama ada anda ingin menggunakan sebagai smartphone harian atau untuk tujuan gaming, semuanya seakan sesuai dengan Asus Zenfone Max Pro M1. Namun dengan harganya yang tidak tinggi, mengharapkan kualiti kamera seakan smartphone flagship mungkin agak sukar.

Asus Zenfone Max Pro M1 close up

Ketiadaan sokongan pengecasan pantas mungkin kekurangan smartphone ini namun penawaran bateri berkapasiti bersaiz 5000 mAh yang mampu bertahan sehingga dua hari penggunaan antara yang membuatkan model ini tampil unik.

Berdasarkan penawaran harga rasmi RM699, pada kami ianya amat berbaloi untuk dimiliki bagi smartphone dengan budget sekitarnya. Anda juga boleh lebih banyak diskaun dengan mendapatkannya di Lazada yang kini sedang ditawarkan pada harga sekitar RM659 sahaja. Anda boleh klik di sini untuk mendapatkannya.