Mula diperkenalkan pada tahun lalu melalui model Asus Zenfone Max Pro M1, model ini berjaya menjadi perhatian ramai melalui spesifikasi serta rekabentuk yang ditawarkan. Harganya yang berbaloi membuatkan model ini menjadi antara model yang laris di pasaran khsusunya di Malaysia.

Pada bulan ini, Asus telah memperkenalkan model terbaru dari siri Zenfone Max Pro iaitu Zenfone Max Pro M2. Melalui model terbaru ini, Asus telah menawarkan beberapa perubahan terbaru bagi menepati citarasa pengguna. Apa yang membuatkan kami tertarik adalah penawaran harganya yang masih mampu milik berdasarkan spesifikasi yang ditawarkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Model terbaru ini dilengkapi dengan skrin IPS LCD 6.3-inci Full HD+. Selain itu model ini turut dilengakpi dengan Corning Gorilla Glass bagi mengelakkan telefon pintar ini daripada mudah retak.

Screenshot 2018-12-12 at 9.31.27 AM

Processor yang digunakan pada model ini adalah Qualcomm Snapdragon 660 serta dibantu oleh 6 GB RAM membuatkan model ini tidak mempunyai masalah sekiranya anda berhajat untuk bermain game pada telefon pintar. Pembukaan beberapa aplikasi lain juga boleh dikatakan agak pantas.

Seperti model sebelum ini, Asus masih lagi mengekalkan penawaran dwi-kamera pada bahagian belakang dengan sensor 12-megapixel f/1.8. Untuk kamera hadapan pula, model ini turut dilengkapkan dengan kamera 13-megapixel membolehkan para pengguna mendapatkan potrait mode yang menarik.

asus-zenfone-max-pro-m2-3
Sumber: Android Authority

Apa yang membuatkan kami teruja mengenai telefon pintar ini adalah penawaran bateri 5,000mAh pada telefon pintar yang slim ini. Penawaran bateri yang besar ini disasarkan buat mereka yang gemar bermain game tanpa perlu hirau mengecas telefon pintar secara kerap. Sekiranya, anda sekadar menggunakan untuk melayari media sosial, kami yakin tidak lagi perlu risau soal bateri usai selepas seharian digunakan.

Asus Zenfone Max Pro M2 bakal mula ditawarkan pada harga RM859 bagi ruang storan 64GB dan RAM 4GB manakala RM999 bagi spesifikasi 128GB dan RAM 6GB. Adakah berbaloi? Pada kami ianya sangat berbaloi lebih-lebih lagi-lagi buat pencinta spesifikasi tinggi pada telefon pintar Android. Anda boleh klik di sini untuk mendapatkannya secara eksklusif di Lazada.