Demam aplikasi muzikal TikTok bukan saja melanda golongan muda-mudi di seluruh dunia namun turut menjangkiti mereka yang sudah berusia dan bekerja secara profesional.

Dalam satu perkongsian video yang dibuat di Facebook, seorang wanita tempatan dirakam dimarahi oleh bosnya selepas asyik bermain dengan aplikasi tersebut sambil berselfie ketika di pejabat.

Bukan saja memarahi stafnya kerana leka dengan aplikasi tersebut, namun dia juga turut melempar telefon pekerjanya itu ke lantai.

Bagaimanapun, tindakan bos wanita tersebut yang membaling telefon pekerjanya itu menerima reaksi pelbagai daripada netizen dengan ada yang menganggap perbuatan itu tidak sepatutnya dilakukan.

Walaupun mengakui perbuatan bermain telefon ketika bekerja juga tidak patut dilakukan namun rata-rata netizen beranggapan bos tersebut tidak mempunyai hak untuk merosakkan harta benda pekerjanya.

photo_2020-03-02_09-30-27

photo_2020-03-02_09-26-40

Bagaimanapun, ada juga dalam kalangan netizen yang beranggapan tindakan bos wanita itu tersebut wajar dan memang patut dilakukan. Malah ada juga yang memuji tindakan itu kerana wanita tersebut menggunakan aplikasi TikTok ketika masih dalam waktu bekerja.

photo_2020-03-02_09-37-38 photo_2020-03-02_09-37-35 photo_2020-03-02_09-37-32

Apa pula pendapat anda mengenai perkara ini? Adakah patut bos tersebut memarahi pekerjanya sehingga membaling telefon bimbit atau cukup sekadar dengan amaran sahaja?

Tahukah anda, populariti aplikasi TikTok kini sudah pun berada setaraf dengan Whatsapp dan Facebook. Klik pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut. 

TikTok Kalahkan Facebook Dan WhatsApp Sebagai Aplikasi Paling Banyak Dimuat Turun

Bukan Aplikasi ‘Sampah’, Ini Manfaat Lain TikTok Yang Ramai Tidak Tahu

Perak Mahu Guna TikTok Untuk Promosikan Tempat Pelancongan