Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Seorang wanita secara tidak sengaja merakam kejadian rampasan kuasa oleh tentera Myanmar ketika dia sedang sibuk bersenam dengan lagu ‘Ampun Bang Jago’ yang popular di Indonesia.

Khing Hnin Wai adalah tenaga pengajar pendidikan sukan yang bertapak di Pyinmana, Myanmar. Dia kerap bersenam, termasuklah pada hari Isnin pagi ketika kenderaan tentera mulai menuju ke Parlimen untuk melakukan rampasan kuasa.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Video berdurasi tiga minit itu viral di media sosial. Gerakan senamrobik dari Khing Hnin Wai berselang seli dengan kenderaan tentera Myanmar yang masuk ke perkarangan Parlimen. Khing Hnin Wai tetap tenang menghabiskan aktivitinya pagi itu.

Kebanyakan pengguna di media sosial memberi reaksi yang luar biasa kepada aksi senamrobik Khing Hnin Wai yang berlatarbelakangkan krisis demokrasi di Myanmar. Di laman Reddit sahaja, video ini mendapat lebih daripada 40,000 undi positif.

Khing Hnin Wai dalam satu kenyataan di laman Facebook mengatakan bahawa dia merasakan semua benda saling melengkapi. Dari segi muzik, lagu dan latar belakang yang dirakam secara tidak sengaja.

Dia turut menambah bahawa aktiviti bersenam di waktu pagi adalah aktiviti biasa yang sering dia lakukan dan tujuan rakaman itu adalah untuk pertandingan. Namun apa yang dia tidak tahu adalah berlaku krisis demokrasi dan rampasan kuasa ketika dia sedang sibuk bersenam.

“Saya rasa video ini sekarang adalah kenangan kecil saya. Semasa saya bersenam, helikopter melaju, kereta melaju. Lengkap dengan senjata, ada orang sedang mengajukan [senjata] kepada saya dari jauh. Ketua polis hanya tersenyum dan memandang saya, bahkan bertanya kepada saya jika saya akan pulang sambil mengucapkan selamat jalan.” katanya seperti dipetik dari Newsweek.

Khing Hnin Wai mengatakan dalam hantaran keduanya di Facebook bahawa video itu untuk pertandingan dan dia tidak ada niat untuk membuat jenaka atau dalam usaha untuk menjadi selebriti. Dia menambah bahawa dia tidak menyangka videonya akan menjadi viral.

Apa yang terjadi di Myanmar?

Tentera Myanmar, juga dikenali sebagai Tatmadaw, telah mempertikaikan keputusan pilihan raya pada November lalu. Mereka mendakwa terdapat penipuan dalam pilihan raya. Namun, tidak ada bukti yang diusulkan oleh Tatmadaw untuk menyokong tuduhannya.

Suruhanjaya pilihan raya Myanmar pada hari Khamis menolak tuduhan tentera mengenai penipuan pilihan raya, dengan mengatakan tidak ada kesalahan untuk mempengaruhi kredibiliti undi.

Tuduhan berulang kali oleh pihak tentera mengenai penyelewengan dalam pilihan raya, di mana NLD memenangi 83% kerusi, telah menyebabkan percanggahan antara kerajaan dan tentera.

Di Myanmar juga, percaturan kuasa telah dijanjikan dengan pelik apabila pelembagaan menyediakan 25% kerusi di parlimen untuk tentera dan mereka juga dibenarkan untuk mengawal tiga kementerian utama dalam pemerintahaan Suu Kyi.

Terdahulu, dua tentera Myanmar mengaku dapat arahan bersihkan muslim Rohingya. Klik pautan di bawah untuk membaca.

‘Bunuh Mereka Semua!’ – Dua Tentera Myanmar Mengaku Dapat Arahan ‘Bersihkan’ Muslim Rohingya

Air Milo Jadi Tanda Ingatan, Kisah Pekerja Myanmar Di Malaysia Ini Undang Sebak

Netizen Dakwa Warga Myanmar Ingkar Arahan PKP Dan Sambut Songkran Di Malaysia?

 

Anda Mungkin Suka