Lama senarai negara terkaya dunia didominasi oleh Amerika Syarikat, siapa sangka China selaku negara Asia dengan jumlah penduduk tertinggi berjaya muncul sebagai negara terkaya dunia menerusi laporan terbaru.

Berdasarkan data yang dikongsikan oleh McKinsey & Co, kekayaan negara China telah meningkat sebanyak tiga kali ganda sejak dua dekad lalu daripada $156 trilion (~RM651.85 trilion) kepada $514 trilion (~RM2,147.75 trilion).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selain itu, China turut menunjukkan peningkatan dari segi ekonomi selepas merekodkan nilai bersih sebanyak $120 trilion (~RM501.30 trilion) pada tahun 2020 berbanding $7 trilion (~RM29.24 trilion) pada tahun 2000.

Sumber: international business times

Difahamkan kadar peningkatan pesat ekonomi China antara yang menjadi faktor utama negara ini berjaya menduduki tempat pertama dalam senarai negara terkaya dunia.

Selain itu, 10 negara lain yang berjaya tersenarai dalam senarai terkaya dunia terdiri daripada Jerman, Perancis, Britain, Jepun, Sweden, Mexico, Kanada dan Australia yang sekaligus menyumbang kepada 60% ekonomi dunia.

Tular pada minggu ini apabila Forest City, Johor tersenarai sebagai megaprojek paling tidak berguna di dunia menurut YouTube Top Luxury.

Forest City Johor Tersenarai Sebagai Megaprojek Paling ‘Tidak Berguna’ Di Dunia

‘Geng Kuda’ Tinggalkan Najis Di Drive-Thru McDonalds Raih Kecaman Netizen

 

Sumber