Siapa sangka di saat dunia diserang pandemik sekaligus membuatkan orang ramai terkesan, Elon Musk selaku CEO kepada syarikat Tesla dan SpaceX berjaya mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai manusia kedua terkaya dunia mengatasi Bill Gates.

Kekayaan mendadak beliau berjaya diperoleh apabila dilaporkan saham Tesla di mana jumlah nilai kini mencecah $500 bilion (~RM2.044 trilion) sekaligus meningkatkan aset beliau sebagai individu yang memegang saham syarikat penuh futuristik ini.

105927235-1558527268504gettyimages-454939582
Sumber: CNBC

Sebagai rekod, Elon Musk memulakan tahun ini pada tempat ke-35 dalam rekod manusia terkaya dunia. Perolehan sebanyak $100.3 bilion (~RM410.08 bilion) setakat artikel ini ditulis sekaligus melonjakkan kedudukan beliau di tempat kedua di belakang Jeff Bezos.

Kejayaan Elon Musk ini secara tidak langsung telah meletakkan Bill Gates di tempat ketiga di mana beliau cuma berada di tempat ketiga sebagai manusia terkaya dunia sebanyak dua kali dalam tempoh lapan tahun terakhir ini.

bill-melinda-gates-gates-foundation-social-share.jpg__1500x670_q85_crop_subsampling-2
Sumber: Global Citizen

Difahamkan kekayaan Bill Gates bernilai $127.7 bilion dianggarkan jauh lebih tinggi sekiranya beliau tidak memulakan yayasan yang dinamakan Bill & Melinda Gates Foundation pada tahun 2006. Setakat ini, pasangan ini dilaporkan sudah mendermakan sebanyak $27 bilion kepada mereka yang memerlukan.

Sebuah lagi fakta yang mengejutkan, di sebalik melalui tahun yang sukar buat orang ramai, aset bagi senarai manusia terkaya dunia dilaporkan meningkat sebanyak 23% secara purata sekaligus menunjukkan golongan ini tidak terkesan dengan kehadiran pandemik yang menyerang dunia.

Pada minggu lalu, Elon Musk mencipta kontroversi dengan mengesahkan dirinya positif dan negatif COVID-19 pada hari yang sama.

Elon Musk Disahkan Positif Dan Negatif COVID-19 Pada Hari Yang Sama

Peroleh RM32.62 Bilion, Elon Musk Kini Merupakan Manusia Keempat Terkaya Dunia