Anda mahu diet, tapi sentiasa tak tahan lapar? Kalau tengok orang lain pasti rasa nak makan juga? Mari kita lihat 11 tips untuk menghilangkan rasa lapar.

1. Perdaya minda anda dengan menggunakan pinggan kecil Anda boleh perdaya minda anda dengan menyatakan anda sudah terlebih makan dengan menggunakan pinggan kecil. Minda separuh sedar akan menyatakan yang anda mengambambil makanan lebih daripada biasa. Penyelidik di Cornell University  memberitahu bahawa makan menggunakan pinggan kecil boleh mengurangkan selera makan serta mengurankan pengambilan kalori.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

2. Amalkan memakan bubur Menurut saintis di Louisiana University , jika anda mahu menghilangkan rasa lapar di waktu pagi, anda perlu mengambil bubur untuk sarapan pagi. Kajian mereka menunjukkan bahawa serat yang tinggi dan kandungan beta-glucan bubur merendahkan tahap kelaparan untuk tempoh yang lebih lama berbanding pilihan sarapan alternatif yang mengangungi kalori yang sama.

3. Gula-gula getah

Penyelidik di University of Leeds mendapati bahawa manguyah gula-gula getah di antara waktu makan dapat membantu menghilangkan keinginan anda untuk memakan makanan ringan yang manis atau masin yang tidak sihat. Anda perlu pastikan ianya adalah jenis gula-gula getah tanpa gula, dan anda boleh mengunyah gula-gula getah tanpa rasa bersalahsambil mengurangkan tahap kelaparan anda.

4. Kuasa minda Rahsia untuk melawan lapar boleh jadi semudah memperdaya minda anda untuk berfikir bahawa makanan yang anda ambil mengandungi lebih banyak kalori daripada yang sebenarnya. Seorang ahli psikologi di Columbia Business School mendapati bahawa apabila peserta kajian diberitahu bahawa makanan mereka terdapat dua kali ganda lebih banyak kalori daripada yang sebenarnya, tahap ghrelin (hormon yang memberitahu badan bahawa anda sedang lapar) adalah jauh lebih rendah daripada peserta yang diberitahu nilai sebenar kalori.

5. Sentiasa bertenang dan menjauhi snek

Penyelidik di Ohio State University menyatakan bahawa ramai yang mengambil makanan ringan yang tidak sihat apabila mempunyai masalah hubungan dengan pasangan masing-masing. Jadi, anda perlu mengatasi masalah anda dengan mengambil jalan yang lebih tenang untuk memastikan anda tidak berasa lapar.

6. Selalu gosok gigi Tiada siapa pun yang ingin hilangkan bau harum mint selepas menggosok gigi. Jadi, cuba amalkan menggososk gigi dengan kerap dan hadamlah mint sepanjang hari. Anda akan secara tidak sedar menginginkan mulut anda sentiasa berbau segar dan ini akan menghindari anda daripada mencari snek.

7. Gangguan adalah baik

Kalau anda sering berasa lapar dalam tempoh waktu pagi hingga ke tengah hari, cuba hilangkan fokus lapar anda dengan mencari satu tugasan atau projek baru yang mencabar dan boleh buatkan anda menghabiskan masa yang lama untuk selesaikannya. Fokus dan membuatkan minda anda berfikir akan menghalang isyarat lapar yang sedang dihantar dari otak ke badan, sekaligus menghalang anda daripada terasa ingin makan.

8. Buat Skipping

Umum sudah lama tahu bahawa senaman boleh membantu menundukkan nafsu lapar, tetapi penyelidikan yang diterbitkan dalam majalah Appetite telah mengkaji senaman apa yang paling efektif untuk menghilangkan rasa lapar. Mereka mendapati atlit yang membuat senaman menggunakan skipping rope mempunyai kadar hormon ghrelin yang paling rendah, teorinya disebabkan kekerapan badan membuat pergerakan secara menegak semasa membuat senaman ini.

9. Jangan simpan snek berdekatan anda

Semasa di tempat kerja, pasti ada yang menyimpan makanan ringan di dalam almari meja pejabat atau di peti sejuk. Bila anda terasa lapar, badan anda cenderung mencari kepuasan segera dengan mengambil makanan manis. Jadi, kosongkan snek dari tempat yang mudah dicapai oleh anda. Gantikan ia dengan makanan yang lebih sihat seperti buah-buahan supaya anda dapat kekal dengan diet anda.

10. Elakkan Fruktosa

Pemanis fruktosa mampu memporak porandakan otak anda. Mengikut kajian yang diterbikan oleh Journal of the American Medical Association, mereka mendapati bahawa fruktosa tidak mengaktifkan sel-sel dalam otak yang memberitahu bahawa anda sudah kenyang dan ini akan menyebabkan anda mengambil makanan yang mengandungi kalori dengan jumlah yang banyak dan masih berasa lapar.

11. Badam = Snek Paling BAGUS Buang snek yang tidak sihat dan simpan badam dalam beg anda. Badam bukan sahaja bertindak sebagai antioksida yang mengaktifkan vitamin E, bahkan mengikut penyelidikan European Journal of Clinical Nutrition membuktikan bahawa memakan badam di antara waktu makan akan mengurangkan rasa lapar ketika waktu makan dan menghindari terlebih makan