Lee Hup Wei dan Nauraj Singh Randhawa yang merupakan dua atlet lompat tinggi wakil Malaysia berjaya mara ke peringkat akhir Sukan Komanwel bagi merebut pingat emas di Gold Coast, Australia.

Acara final yang dijadualkan bakal berlangsung pada 11 April (Rabu) ini yang bertempat di Carrara Sport and Leisure Centre. Sebelumnya kedua-dua atlet tersebut berjaya mencatatkan lompatan setinggi 2.21 meter untuk mara ke pusingan seterusnya.

Hup Wei mara ke slot seterusnya apabila berjaya menempah nama pada kedudukan kelapan keseluruhan berbanding Nauraj apabila terpaksa menunggu pengesahan keputusan ke final apabila berjaya melakar nama pada kedudukan ke-13 keseluruhan.

Sumber