Agak mengejutkan apabila memikirkan masih terdapat lagi segelintir manusia yang sanggup berhutang demi mendapatkan Apple iPhone terbaru. Hanya kerana ingin dilihat ‘berkemampuan’, meminjam wang rakan dijadikan pilihan demi memuaskan nafsu gadget beliau.

Melalui laman twitter seorang individu mahu dikenali sebagai @BunnyNonsense, beliau telah menjelaskan bagaimana seorang rakannya merangkap Atlet Malaysia dalam sukan ping pong iaitu Asyraf Haikal yang gagal melangsaikan hutangnya yang dikatakan digunakan untuk membeli Apple iPhone 7.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/BunnyNonsense/status/907386112800210944

Disebabkan terlalu percaya, peminjam sanggup memberikan wangnya kepada rakannya yang berjanji untuk membayar semula setelah dua hari. Segalanya berubah setelah Asyraf Haiqal selaku peminjam tidak membuat sebarang pembayaran hutang setelah 2 minggu. Apabila ditanya, dikatakan gaji yang lambat masuk antara punca beliau gagal melangsaikan hutang.

Agak tidak logik untuk memikirkan seorang atlet yang telah berjaya merangkul pingat emas di dalam kejohanan Sukan SEA 2017 baru-baru ini masih gagal untuk melangsaikan hutang beliau. Lebih parah, peminjam turut menerima mesej berbaur loyar buruk daripada Asyraf Haiqal selepas ditanya mengenai soal hutang.

Dikhabarkan Asyraf Haiqal turut block Twitter dan Instagram peminjam disebabkan kegagalan beliau sendiri membayar hutang. Sudahlah berhutang demi memuaskan nafsu, kini rakannya pula telah beliau block. Lebih parah apabila orang ramai yang mula menular kes ini lantas membuatkan Asyraf Haiqal memilih untuk menutup akaun Twitter beliau.

Kami harap kes yang berlaku ini dapat memberi pengajaran buat yang diluar sana apabila berdepan dengan isu yang sama. Janganlah disebabkan Apple iPhone, seseorang sanggup berhutang. Ditambah pula dengan pelancaran Apple iPhone terbaru menjelang esok, kami harap kes ini tidak lagi berulang di masa akan datang.

Atlet Malaysia Berhutang Beli iPhone 7

Adalah lebih baik jika smartphone yang paras harganya lebih rendah menjadi pilihan sekiranya seseorang memerlukan telefon bimbit. Buat Asyraf Haiqal, kami harap anda dapat menjelaskan hutang seperti yang dijanjikan kerana perkara-perkara seperti ini bakal menjejaskan intergriti anda sebagai pemain ping pong buat Negara Malaysia. Anda boleh ikuti thread penuh mengenai kes ini daripada @BunnyNonsense di sini.