Berbekam adalah amalan biasa bagi segelintir rakyat Malaysia. Kalau nampak bekas bulatan di belakang atau sekitar tubuh badan, kita dah tahu itu adalah kesan lebam dari terapi bekam.

Banyak manfaat bekam ini sebenarnya antaranya boleh mengubat penyakit migraine, mencerdaskan otak dan paling penting untuk menyegarkan kembali badan dengan membuang toksin dan darah kotor dari badan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

cupping 2

Di sukan Olimpik Rio baru-baru ini, badan perenang legend Michael Phelps penuh dengan kesan lebam. Dan kesan lebam tersebut tidak lain adalah bekas lebam dari berbekam. Jika anda peminat tegar Olimpik, Phelps tidak berseorang membuat rawatan cupping (terma bekam dalam bahasa Inggeris) kerana ada beberapa atlet lain yang turut sama mempunyai kesan lebam bekas dari rawatan bekam ini.

CUpping 1

cupping 4

Penerangan mudah berkenaan bagaimana bekam ini berfungsi adalah dengan menekap beberapa cup pada badan dan kemudiannya darah kotor akan berkumpul dalam cup tersebut. Bagi para atlet Olimpik ini, mereka merasakan blood flow dan abiliti untuk recover dari lenguh-lenguh menjadi lebih baik selepas rawatan bekam ini.

Rawatan bekam ini agak baru diterim di barat dan disebabkan itu ramai yang pelik dengan lebam-lebam yang ada pada badan Phelps dan para atlet Olimpik yang lain. Macam bulat Pokeball pun ada. Jadi kalau anda mempunyai masalah sakit kepada atau mahu lancarkan perjalanan darah, boleh cuba rawatan bekam ini. Bagi yang pernah menjalani rawatan bekam, sakit atau tidak? Boleh share pengalaman anda di ruangan komen.