Umum tahu sejak 22 Mac lalu, pihak kerajaan telah mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memantau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai usaha untuk membendung wabak COVID-19.

Meskipun PKP ini sudah dijalankan hampir seminggu, masih dilihat lagi terdapat segelintir individu yang masih mengendahkan PKP serta memilih untuk berkeliaran di luar rumah tanpa tujuan yang kukuh.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
doc79iwoxbwvqs1g2haoaa2
Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang. Sumber: The Star Online

Berdasarkan kenyataan yang baru sahaja diumumkan Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, ATM sedia menggunakan teknologi dron dan pesawat tanpa pemandu (UAV). Difahamkan pihak ATM sudah mempunyai teknologi ini walau bagaimanapun masih perlu ditambah untuk kegunaan secara besar-besaran.

Selain itu, beliau turut menyeru rakyat Malaysia untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dalam usaha untuk membendung wabak COVID-19.

Setakat ini, Tan Sri Affendi memaklumkan seramai 7,500 anggota ATM seluruh negara terdiri dariapda perkhidmatan ATM luat, udara dan darat telah diatur gerak setiap hari bagi membantu PDRM melaksanakan PKP.

Ketahui juga inisiatif terbaru pihak kerajaan yang baru sahaja diumumkan Perdana Menteri Malaysia dalam membantu orang ramai yang memerlukan.

Pencarum KWSP Boleh Keluarkan RM500 Sebulan Daripada Akaun 2 Mulai April

Tentera Akan Bantu Polis Pantau Perintah Kawalan Pergerakan Bermula Ahad Ini

Sumber