KEMASKINI — Pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui laporan dikeluarkan Berita Harian menafikan anggota tentera perlu memakai topi keledar untuk mengelak air kencing warga asing.

Ia susulan daripada laporan sebuah portal berita tempatan yang mengatakan pihak tentera perlu memakai helmet atau topi keledar ketika melakukan operasi PKPD bagi mengelak dilempar barang dari tingkat atas di beberapa kawasan terlibat dalam negara sebelum ini.

pexels-aldo-picaso-1138171
HYPE
Rambut Gugur Dan Tidak Sihat, Ini 5 Punca Wanita Berhijab Sering Berdepan Masalah Rambut
Baca lagi →

Malah pihak mereka melalui kenyataan yang dikeluarkan Panglima ATM, Jen Tan Sri Affendi Buang tidak pernah mengeluarkan arahan kepada anggotanya untuk berbuat demikian.

“Tidak ada perkara sedemikian (anggota tentera memakai helmet elak air kencing warga asing ketika bertugas di bangunan Selangor Mansion).

“Pihak ATM hanya memakai helmet untuk tempat yang diisytiharkan sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) manakala di tempat lain adalah seperti biasa,” katanya kepada BERNAMA hari ini.

Baca perkongsian lain kami mengenai COVID-19 di sini. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Lihat Bagaimana ‘Lockdown’ COVID-19 Beri Kesan Kepada Alam Sekitar Di Seluruh Dunia

Rindu Jemaah Tabligh, Petugas Kesihatan Kongsi Sikap Angkuh ‘Kluster Kayangan’

Kadar Kematian Akibat COVID-19 Di Malaysia Antara Yang Terendah Di Dunia

Anda Mungkin Suka