Muhammad Attamimi “Atta” Halilintar yang merupakan selebriti media sosial di Indonesia telah menjadi YouTuber pertama di Asia Tenggara yang mempunyai lebih daripada 10 juta pengikut di saluran beliau.

Beliau merupakan seorang YouTuber yang sering memuat naik vlog, wawancara bersama selebriti dan lawatan ke rumah selebriti di saluran YouTube beliau.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Atta yang terkenal dengan video-video beliau yang sering menyampaikan mesej untuk memberi semangat kepada orang ramai supaya tidak pernah mengenal erti kalah dan putus asa.

Beliau juga memuat naik video beliau laman YouTube dengan menceritakan kepada orang ramai mengenai kehidupan beliau membina kerjaya beliau yang bermula daripada sifar.

Sejak beliau mula aktif di saluran YouTube pada tahun 2016 yang lalu, kini pencapaian itu semakin meningkat dengan memperolehi lebih 10 juta pengikut di saluran beliau kerana penonton kelihatan sangat menyukai penyampaian beliau apabila seringkali menyampaikan mesej-mesej yang berguna dan bermanfaat kepada penonton.

Untuk pengetahuan semua juga, Atta Halilintar ini juga adalah anak sulung dalam keluarga YouTuber terkenal Gen Halilintar yang merupakan keluarga Halilintar yang mempunyai hobi nyanyian dan mempunyai saluran YouTube sendiri yang mempunyai lebih 1 Juta pengikut.

attahalilintar_50107764_616441175456406_3245980589975894751_n

Gen Halilintar menceritakan perjalanan sebuah keluarga menjalankan perniagaan ke seluruh dunia dan ini juga menjadikan anak-anak dalam keluarga Gen Halilintar hidup sebagai seorang usahawan.

Beliau berkongsi di laman Instagram beliau mengenai pencapaian beliau mempunyai lebih 10 juta pengikut di YouTube dengan mengucapkan terima kasih kepada pengikut dan penonton saluran beliau kerana sering menyokong hasil kerja beliau tersebut. Tahniah buat Atta Halilintar!