Seorang peserta program hiburan All Together Now Malaysia (ATNM) musim kedua yang dikenali sebagai Ika telah menjadi perhatian netizen selepas tular sedutan video program terbabit.

Ika dikatakan biadab kerana memberikan jawapan sarkastik apabila ditanya oleh Catriona Ross. Susulan itu, Catriona Ross juga telah memberikan teguran kepada Ika yang berusia 16 tahun itu di belakang pentas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

https://www.tiktok.com/@syafinazselamat.fans/video/7178506101602700570?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7139801178280494594

Terkejut dengan tingkah laku biadab peserta tersebut, Datuk Syafinaz Selamat selaku kapten program itu turut tampil bersuara menegur baik Ika.

“Sayang, nasib baik u bukan anak murid i, kalau anak murid i cakap macam tu, dah lama menangis. Tolong hati-hati ketika menjawab soalan. Kena cantik sikit bahasa kita ya adik.” kata Datuk Syafinaz.

Tambahnya, dia berharap gadis berkenaan dapat memperbaiki cara menjawab soalan dan bahasa yang digunakan juga seharusnya ‘cantik’ kerana selain bakat, ‘attitude’ juga penting.