Sakit kepala tengok baki duit gaji selepas tolak segala komitmen tetap. Dalam masa yang sama berniat nak menyimpan untuk masa depan. Bagaimana?

Ini antara cara alternatif untuk anda mengatur semula “kewangan tenat” setiap bulan agar anda dapat menyimpan dan mempunyai harta kelak.

gagaga-671×377
HYPE
Kerana Sehelai Kertas, Hidup Syafie Naswip Berubah
Baca lagi →

A. Kewangan tenat

Gaji bersih: RM1800
Komitmen:
1. Sewa bilik: RM250
2. Duit Mak Ayah: RM200
3. Kereta: RM380
4. PTPTN: RM200
5. Takaful: RM80
6. Miscellaneous: RM200
Balance: RM490

Baki yang tinggal RM490 ini buat duit makan dan lain-lain. Macam mana nak simpan? Tapi dia masih sanggup bayar kereta bulan-bulan sebab jika tidak bayar kereta akan kena tarik. Jadi saya lakarkan satu plan yang mungkin boleh dilakukan untuk graduan yang baru mula kerja.

B. Atur Semula Kewangan

Gaji bersih: RM1800
Komitmen:
1. Sewa bilik: RM200 (sharing room)
2. Duit Mak Ayah: RM200
3. Motor: RM250
4. PTPTN: RM200
5. Takaful: RM80
6. Miscellaneous: RM100
Balance: RM 770

Perasan tak apa yang berubah? Saya downgrade-kan dari kereta ke motor, dan saya tukarkan dari sewa bilik seorang kepada bilik sharing, dan saya tukarkan miscellaneous jadi lebih rendah. Ini menyebabkan duit balance lebih banyak dari kiraan A tadi kan?

Apa Anda Patut Buat?

1. Lokasi Rumah
Cari rumah yang berdekatan tempat kerja. Oleh itu kos travel dapat dikurangkan dan menunggang motor tidak jadi salah pun.

2. Balik Kampung
Jika mahu pulang ke kampung, anda gunakan public transport, masih jimat. Jika beli kereta atas tujuan untuk pulang ke kampung, anda boleh guarantee anda akan rajin pulang ke kampung selalu? Kebanyakan akan melencong ke tempat hipster itu perlu kata mereka.

3. Wang Tambahan
Mula cari tambahan pendapatan. Jangan terus mengeluh dengan masalah, tetapi cari solusi. InshaaAllah anda dapat keluar daripada belenggu masalah.

4. Kerja Kedua
Kalau sebelum ni rajin usha online, kali ini usha kerja part time. Jadi agen Coway, agen insuran, agen CWA, jual barangan online, perfume dexandra, dan banyak lagi.

Cuma nasihat saya jika tidak boleh buat after waktu kerja, at least boleh lakukannya pada waktu hujung minggu. Lakukan ikut kemampuan diri.

5. Simpanan Kecemasan
Apabila dah mula dapat passive income, jangan habiskan pula, gunakan duit tersebut sebagai simpanan kecemasan dan lagi advanced apabila boleh dapat passive income konsisten, anda mula bahagikan kepada dua iaitu simpanan kecemasan dan pelaburan.

6. Jaga Sikap
Jangan bersikap tamak. Ada orang apabila nak melabur, dia akan laburkan dalam jumlah yang banyak, katanya boleh untung cepat. Setiap pelaburan ada risikonya, pelajari dalam-dalam sebelum labur jadi LEBUR.

7. Nikmati Kestabilan Kewangan
Apabila kewangan dah stabil senang untuk atur. Anda nak adjust beli rumah satu sebelum kahwin atau adjust pasangan jadi halal pun mudah selepas itu, inshaaAllah dengan restu.

Saya bermula gaji RM1600, tidak bererti saya duduk diam, saya buat sesuatu sampai gaji saya boleh dua tiga kali ganda dari gaji asal. Setiap orang punya journey berbeza. Jadi setiap orang punya banyak cara untuk cari peluang baru.

Anda belajar sesuatu? Saya nak anda LAKUKAN sesuatu, bukan dengan dapat duit mudah (personal loan) tetapi dengan USAHALAH.

Kita pandai buat hutang bermakna kita pandai cari solusi untuk tutup hutang tersebut.

Artikel di atas disumbangkan oleh Syafieqah A'lya. Pelabur. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka