Nampaknya lebih banyak teknologi bakal diperkenalkan pada kenderaan pada masa akan datang. Jika sebelum ini, beberapa model kereta terbaru sudah dilengkapkan dengan beberapa teknologi seperti assistive control, kini sebuah lagi teknologi bakal diperkenalkan Audi bagi membantu pengguna mengelak lampu merah.

Melalui teknologi yang dinamakan sebagai  ‘Traffic Light Information’ para pengguna bakal mendapat isyarat kelajuan yang sesuai untuk mengelakkan daripada menunggu di lampu isyarat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

audi-traffic-light-information-systems-explained-2

Teknologi ini mampu direalisasikan melalui gabungan maklumat daripada beberapa beberapa bandar yang tersedia, khususnya di Amerika Syarikat. Selain itu, sistem ini turut berpeluang perubahan lampu isyarat yang bakal memudahkan pengguna. Difahamkan teknologi ini secara tidak langsung bakal membantu pengguna mengelakkan daripada terperangkan di dalam kesesakan jalan raya.

Untuk pengetahuan, teknologi ini sudahpun dibangunkan sejak tahun 2016 dan masih lagi dalam kajian Audi. Agak menarik untuk menyaksikan bagai teknologi ini mampu menjimatkan masa orang ramai dalam menangani kesesakan.