Felix Hernandez memang terkenal sebagai jurugambar yang merakam gambar model mainan dan menjadikannya persis kereta yang sebenar. Anda pun tidak dapat kesan jika tidak diberitahu kerana gambar rakaman Felix memang sangat epik dan nampak real!

Untuk iklan terbaru Audi ini, Felix seperti biasa menggunakan kepakarannya kali ini dengan model kereta mainan Audi Q2 berskala 1/43. Ini adalah kali pertama beliau menggunakan model pada skala 1/43 kerana untuk projeknya sebelum-sebelum ini, beliau menggunakan model kereta 1/18. Iklan ini nanti akan diguna pakai untuk pasaran timur tengah.

Tetapi Felix mengambil perkara tersebut sebagai cabaran kerana bagi beliau, tiada halangan untuk imaginasi. Halangan hanyalah sesuatu yang kita sendiri tetapkan. Anda boleh lihat bagaimana Felix menyiapkan set pengambaran untuk gambar-gambar ini pada video di bawah. Memang nampak real sungguh permukaan pasir yang beliau reka.