Slogan Audi ‘Vorsprung durch Technik’, yang bermaksud ‘Advancement through technology’ sudah mampu menunjukkan betapa serius mereka dalam industri ini. Ini diperkuatkan lagi dengan ciptaan terbaru mereka iaitu sumber tenaga yang boleh diperbaharui e-diesel. 

Makmal penyelidikan Audi di Dresden, Jerman, telah berjaya mencipta bahan api diesel yang pertama tanpa penghasilan carbon dioxide ‘net-zero carbon footprint’. Satu penemuan yang besar, ini bermakna satu hari nanti kita mampu menggunakan minyak dengan selamat tanpa perlu risau berlakunya pencairan ais di kutub utara dan selatan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

e-diesel ini dihasilkan dari karbon dioksida, air dan sumber tenaga yang boleh diperbaharui seperti tenaga angin atau tenaga solar. Proses ini bermula dengan memisahkan wap air kepada hydrogen dan oxygen melalui proses high-temperature electrolysis. Hydrogen kemudian digabungkan bersama CO2, proses ini akan menghasilkan satu cecair baru yang dipanggil sebagai “blue crude”. Cecair ini akan melalui satu lagi proses yang mana akan menghasilkan e-diesel.

Untuk memudahkan anda memahami proses tersebut, anda boleh lihat gambar kami paparkan di bawah.

audi-e-diesel-production-graphic

Penghasilan secara besar-besaran dijangkan akan bermula pada tahun hadapan.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram