Sesuai nama dengan konsert jelajah The Good Vibes Tour, Jason Mraz benar-benar membawakan satu mesej yang dekat dengan jiwa setiap manusia iaitu cinta. Setiap orang pasti merasai perasaan cinta itu dan mendengar lagu-lagu yang disampaikan oleh Jason Mraz menambahkan lagi rencah dalam hidup seseorang itu.

Pada hari Isnin yang lalu, konsert jelajah The Good Vibes telah berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil. Kehangatan konsert itu dapat dirasai apabila stadium itu dibanjiri dengan penonton yang meminati lagu-lagu beliau.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

audiences:vckt

JM:VCKT

Setiap persembahan yang dibawa oleh Jason Mraz diselitkan dengan jenaka yang menghiburkan. Jenaka yang mencuit hati adalah apabila beliau mengatakan bahawa lagu ‘pembersih vakum’ adalah kegemaran beliau ketika waktu kecil.

Sebenarnya ia bukan lagu yang bertajuk pembersih vakum tetapi bunyi yang dihasilkan oleh pembersih vakum itu sendiri. Lalu, para penonton pun tergelak dengan apa yang beliau katakan dan beliau meminta para penonton membuat bunyi pembersih vakum dan semua penonton pun membuatnya.

Bukan sahaja menghiburkan tetapi juga menyelitkan unsur-unsur cinta dimana perasaan cinta itu dapat dirasai dalam stadium. Malah, beliau juga berkomunikasi dengan para penonton yang hadir dan berinteraksi dengan meminta para penonton mengekpresikan diri dengan berdiri dan menari. Beliau juga mengajak penonton untuk menyanyi bersama-sama seperti sedang karaoke bersama rakan-rakan.

jm:vckt3

JSNMRZ:vckt

Antara lagu yang dibawakan pada konsert berdurasi dua jam itu semestinya lagu hits beliau seperti I’m Yours, Lucky, I Won’t Give Up, You and I Both, Let’s See What the Night Can Do dan banyak lagi.

Untuk pengetahuan anda, Aizat Amdan telah terpilih untuk menyanyikan lagu pada pembukaan konsert dan beliau menyanyikan lagu ‘Sampai Ke Hari Tua’.

AA:vckt2

jsnmrz:vckt34

Konsert in diakhiri dengan lagu Love Someone dan pastinya bagi peminat yang hadir menyaksikan persembahan Jason Mraz pulang dengan satu senyuman serta akan simpan kenangan ini sampai bila-bila.