Setelah pengeksportan sisa plastik ke China diharamkan oleh negara tersebut, United Kingdom kemudian ‘menyumbangkan’ hampir 800 kontena sisa plastik ke Malaysia yang terbiar di Pelabuhan Klang. Sampah terbiar tersebut telah menyebabkan pelabuhan itu menanggung rugi hampir RM25 juta untuk mengendalikan sampah berkenaan.

Kini New Zealand dan Australia pula mengikuti jejak langkah United Kingdom untuk membuang sisa plastik dari negara tersebut ke Malaysia. Menurut laporan Radio New Zealand (RNZ), Malaysia telah menjadi pilihan alternatif paling popular.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Buktinya Malaysia telah menerima 3 kali ganda sisa plastik dari New Zealand setakat 6 bulan kebelakangan ini menyebabkan peningkatan jumlah sisa plastik dari negara luar ke Malaysia telah melonjak dari 288,000 tan pada tahun 2016 hingga 500,000 tan pada tahun 2017.

Timbunan sisa plastik ini menyebabkan kemunculan hampir 40 kilang haram untuk mengitar semula sampah di Jenjarom. Malah kebanyakan kilang pemprosesan ini terbina di kawasan agak terpencil dan dekat dengan kawasan takungan air. Kawasan takungan air penting untuk kilang-kilang ini membuang sisa toksik tanpa disedari yang seterusnya menyebabkan pencemaran air dan alam sekitar.

eight_col_plastics
Keadaan sekitar Kilang haram yang berada di Jenjarom. Sumber: radionz

Penyertaan dua buah lagi negara dalam penyumbangan sisa plastik ke negara kita sudah pasti akan meningkatkan jumlah longgokan sisa plastik di Malaysia. Apa pula tindakan pengurusan sisa plastik di Malaysia? Adakah akan mengikuti jejak langkah China atau hanya menadah tangan sebagai pusat longgok sisa plastik?