Assalamualaikum, penulisan saya ini adalah mewakili semua keluarga autisma di Malaysia.

Selepas 4 hari Afif Zahirudin berpenat lelah. Setelah 4 hari ayahnya tak senang duduk memikirkan “bagaimana dia?”, “bolehkah dia?”

Setelah 4 hari ibunya tidak putus-putus mendoakan dan meminta ahli keluarga, sahabat serta kenalan turut sama mendoakan anaknya, hari ini atas doa semua ianya menjadi kenyataan.

Their hard work paid off!

Afif Zahirudin kini bergelar seorang jurulatih Tae Kwan Do. Mungkin pada sesetengah individu ianya benda biasa tapi ini jauh lebih berbeza dari biasa. Pada uncle, Afif kini bukan biasa-biasa. Malah luar biasa.

Afif mengenali dunia seni mempertahankan diri ketika usianya 9 tahun. Di usia remaja 16 tahunnya, dia adalah pemegang tali pinggang hitam Tae Kwan Do (1st Dan).

Apa yang menariknya, Afif adalah individu yang mempunyai autisma (asperger) dan Afif kini adalah seorang jurulatih istimewa bertauliah pertama di Malaysia.

autisma-3

autisma-5

Jika dulu airmata ayah serta ibu Afif seringkali tumpah kerana kesusahannya melalui pelbagai ragam manusia, hari ini airmata mereka tumpah lagi buat kesekian kalinya.

Sehinggakan hendak menulis tentang pencapaian anak lelaki mereka pun kadang kala tidak menjadi. Kerana si ibu seperti phobia dengan persepsi orang. Tidak mengapa Kak Yan. You’ll never walk alone. Biar uncle yang coretkan.

Menangislah sepuasnya Kak Yan dan Chik. Airmata kegembiraan tak perlu ditahan-tahan seperti mana airmata kesedihan.

Uncle pun tumpang berbangga dan gembira dengan pencapaian hebat Abang Afif.
InsyaAllah,jika ada kesempatan uncle pula yang akan jadi stalker ketika Afif sedang mengajar.

Baca lagi: Guru Ini Perlu Mengajar Seorang Anak Autisma. Apa Yang Dia Temui Selepas Itu Speechless