Satu hantaran video tular di laman TikTok apabila individu bersedekah dengan seorang rider penghantar makanan GrabFood di sebuah pusat membeli belah.

Menerusi video tersebut, individu yang dikenali sebagai Mr Beast Malaysia itu melekatkan atau meletakkan duit bernilai RM50 di baju pak cik penghantar makanan ketika menaiki eskalator.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@mrbeast_malaysia

#mrbeastmalaysia

♬ original sound – MrBeast Malaysia 500k 🐝🐝 – MrBeast Malaysia 800k🥹🥹

Susulan itu, reaksi pak cik itu agak terkejut dengan tindakan Mr Beast sambil mengangkat tangannya ‘tanda’ terima kasih.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluah rasa kasihan terhadap penghantar makanan yang sudah berusia. Malah, netizen sedih melihat video yang menyayat hati itu.

Dalam pada itu, netizen turut mendoakan supaya pakcik dan Mr Beast dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dalam lindungan Allah.

Difahamkan, menerusi akaun TikTok Mr Beast, dia sering memberi bantuan kepada orang yang memerlukan atau bersedekah di tempat awam.


Selepas itu, Mr Beast turut mengatakan pakcik penghantar makanan tersebut mencarinya untuk mengucapkan terima kasih, namun Mr Beast lupa untuk merakam kejadian itu.