Siri animasi popular Avatar: The Last Airbender nampaknya bakal kembali dengan siri live action melalui kerjasama bersama Nickelodeon. Pengumuman ini disahkan apabila Netflix dikatakan antara yang bakal menjadi penyiar utama siri Avatar terbaru ini.

Difahamkan siri kegemaran ramai bakal mula dijalankan bermula tahun hadapan sebelum ditayangkan secara rasmi di Netflix. Harapnya siri Avatar: The Last Airbender versi live action pada kali ini bakal tampil dengan lebih menarik berbanding filem The Last Airbender arahan M. Night Shyamalan sebelum ini serta tidak mengecewakan peminat tegar Avatar.

Sumber