Mungkin berita ini kedengaran sedikit kecewa kepada peminat setia filem superhero Marvel Avengers: Endgame apabila jumlah kutipan filem ini sekali lagi diumumkan tewas kepada kutipan filem Avatar, lapor media antarabangsa CNBC.

Filem sains fiksyen Avatar (2009) arahan James Cemeron sekali dinobatkan sebagai filem paling laris apabila berjaya meraih kutipan terbaharu dengan catatan sekitar USD2.8 bilion (RM11.53 bilion) mengatasi Avengers: Endgame (2019) dengan kutipan USD2.797 bilion (RM11.52 bilion). Difahamkan, kutipan tersebut melonjak naik sebanyak USD8 juta (RM32.8 juta) selepas ia ditayangkan semula di pawagam di China pada Sabtu lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut sumber, industri perfileman di China kini dikhabarkan terjejas teruk akibat pandemik COVID-19. Demi kelangsungan industri filem di negara itu, pawagam di China telah mengambil inisiatif untuk menayangkan semula filem-filem pecah panggung untuk tontonan umum.

Siapa sangka, walaupun sudah lebih sedekad, namun filem Avatar ini masih kekal relevan dan diterima oleh peminatnya di China. “Apabila diumumkan filem ini ditayangkan semula di China, saya dan pengarah James Cameron adalah individu yang berasa sangat teruja.

“Meskipun pandemik melanda, namun itu bukan alasan untuk peminat filem Avatar di China untuk tidak menonton filem ini di pawagam.

“Tidak digambarkan betapa gembiranya berita ini dan kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat di China kerana terus menyokong Avatar,” kata produser filem Avatar, Jon Landau kepada pihak media tempatan.

Landau turut berkata dan memberikan sedikit gambaran dalam kenyataannya bahawa beliau bersama kru produksi akan merancang untuk menerbitkan filem sekuel Avatar yang selanjutnya di masa yang akan datang dan menjanjikan penceritaan yang lebih epik.

Begitulah kehidupan di mana ada masanya kita di atas dan ada masanya kita jatuh dan itu seperti yang digambarkan kepada filem Avengers: Endgame. Namun, siapa tahu mungkin filem Marvel ini boleh merampas semula takhta filem paling laris di masa akan datang?

‘Avengers: Endgame’ sebelum ini pernah meneawaskan Avatar sebagai filem paling laris. Baca lebih pada pautan di bawah.

‘Avengers: Endgame’ Akhirnya Tewaskan Avatar Sebagai Filem Paling Laris

‘Avengers: Endgame’ Gagal Atasi Rekod Avatar

Marvel Kongsi ‘Bloopers’ Avengers: Endgame Selepas Tewaskan Avatar

 

Sumber