Filem Avengers 4 tahun depan bakal menjadi filem paling panjang dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) apabila pengarah bersama Joe Russo berkata filem berkenaan dijanga berdurasi sekitar 3 jam.

IGN

huawei
HYPE
Tingkatkan Produktiviti Bekerja, Ketahui Bagaimana 3 Produk Hebat HUAWEI Ini Dapat Membantu
Baca lagi →

Sebelum ini durasi 3 jam ini cuma khabar angin dan ianya sudah disahkan oleh laman IGN. Untuk membantu peminat setia Avengers, Marvel telah memulakan timer di laman rasmi mereka sebagai countdown untuk filem Avengers 4 berada di pawagam.

Timer Marvel

Tidak banyak filem Hollywood yang melepasi durasi 3 jam dan untuk filem sekuel Infinity War ini, peminat tidak kisah pun jika ianya sepanjang ini. Jadi bersedialah.

Anda Mungkin Suka