Tiada masa yang lebih baik selain mengumumkan berita ini di depan peminat setia Marvel di San Diego Comic-Con. Kevin Feige sahkan bahawa kutipan ‘Avengers: Endgame’ kini sudah pun melepasi kutipan yang dibuat oleh filem hebat arahan James Cameron, Avatar.

Berdasarkan kutipan terakhir yang dibuat pada Jumaat lalu, Endgame sudah membuat kutipan sebanyak USD2.789 bilion, hanya USD500,000 ketinggalan di belakang Avatar. Ianya berdasarkan perkiraan yang akan dibuat untuk kutipan hujung minggu ini yang akan ditambah dan menjadikan fiem Endgame filem paling laris dalam sejarah perfileman Hollywood.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tambahan kutipan ini hadir daripada tayangan Endgame 2.0 yang ditambah babak khas. Namun, pertambahan tersebut tidak langsung menyentuh jalan cerita Endgame sedia ada yang sedikit sebanyak mengecewakan peminat.

Endgame sudah memecahkan pelbagai rekod perfileman Hollywood dan nampaknya, mereka bakal menambah satu lagi rekod hujung minggu ini. Marvel Studios juga turut berkongsikan projek MCU Phase 4 mereka di SDCC sebentar tadi.