Nampaknya Avengers: Endgame sudah catat satu lagi rekod yang pastinya mustahil untuk ditandingi filem lain. Kutipan Endgame kini sudah melepasi USD2 bilion (~RM8.3 bilion) dalam masa hanya 11 hari.

Endgame menjadi salah satu daripada hanya 5 filem Hollywood yang berjaya mendapat kutipan lebih USD2 bilion di seluruh dunia. Namun, kadar kutipan filem Endgame ini masih lagi berterusan dan tidak mustahil untuk memintas Avatar yang berada di tempat pertama sejak tahun 2009 dengan kutipan USD2.78 bilion.

Antara rekod lain yang dipecahkan oleh Endgame adalah filem dengan jualan tiket pre-sale tertinggi di Amerika Syarikat, filem dengan kutipan hujung minggu pertama tertinggi dan filem paling cepat mengutip USD1 bilion.

Strategi Marvel Studios untuk membuatkan para penonton rasa tidak sabar untuk menonton filem ini di pawagam nampaknya membuahkan hasil. Agak mustahil untuk pengeluar filem yang lain untuk melakukan apa yang dibuat pihak Marvel Studios ketika ini. Tahniah kepada pasukan Marvel Studios.